Anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid mendedahkan sikap ibu tirinya selepas salah seorang peminat perasan tindakan Siti kebelakangan ini yang aktif membeli makanan oleh para peniaga tempatan di media sosial.
Salah seorang peminat di Thread, dilihat berseloroh bertanyakan kepada netizen lain adakah mereka juga turut perasan dengan aktiviti Biduanita Negara ini yang aktif membeli makanan secara dalam talian di media sosial.
“Tak sure korang perasan ke tak, kebelakangan ni TokTi sangat aktif membeli makanan dekat Threads. Semua benda la dia nak beli. Mana taknya, sehari 12 jam dia scroll Thread 🤣.”-tulis peminat di Thread
Aazief Khalid Beri Respon!

Tidak berdiam diri, anak tiri kepada Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid tampil memberi respon menyatakan bahawa ibu tirinya yang dipanggil Mak Iti itu sememangnya rajin membeli makanan daripada peniaga tempatan. Malah, sesiapa yang tinggal bersamanya akan menjadi ‘mangsa’ kerana beliau setiap hari akan mencuba pelbagai benda baru.
“Mak Iti memang rajin beli makanan daripada local business
Duduk rumah sekali dengan dia, memang tiap-tiap hari ada je benda baru yang dia nak try yang dia akan hulurkan kepada mangsa-mangsa terdekat 🤣.”-dedah Aazief mengenai Siti Nurhaliza di Thread

Netizen Terhibur!
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan Biduanita Negara ini, malah ramai yang mendoakan agar beliau sekeluarga dimurahkan rezeki kerana membantu para peniaga di media sosial.
“Dari PKP TokTi memang support peniaga local. Dia siap buat review lagi.”
“Rasanya dia lebih kepada nak membantu bisnes orang lain. Sebab tu nama CTDK ni sampai skang masih tak lekang dari mulut peminat. Attitude Siti ni memang bagus bangat.”
“Sebab tu ade je komen Siti dalam Thread ni. Asal scroll mesti jumpa. Hahaha dia komen-komen orang 😆. Comell. Sambil komen, sambil membeli 🤣.”
“Biasa laa perempuan ni beli je, rasa sikit je then pass orang lain jadi mangsa makan untuk habiskan. Patut Mak Iti badan slim, orang lain jadi mangsa hihi, anyway thank you Mak Iti support local business.”
“Masya-Allah bagus nya support local business, mudahan Dato’ Siti sekeluarga dikurniakan rezeki melimpah ruah seperti mengalirnya air zam-zam yang tak putus Aamiin Ya Rabbal’alaamiin 🤲.”
Apa komen anda?

5 hours ago
3





![[VIDEO] Kangana Ranaut Hampir Diburu Gara-Gara Bekas Kekasih- “Mereka Gelar Saya Ahli Sihir, Minum Darah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-21.webp)












![[VIDEO] Aina Abdul Kongsi Momen ‘Fitting’ Busana Tuala ‘Good Morning’, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-2.webp)















![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)








![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)





