11 Tahun Berlalu, Miksudiar Masih Trauma: Kes Jaslinda Kembali Ingatkan Tragedi Pos Toho

13 hours ago 10

Kes kehilangan wanita, Jaslinda Saludin yang ditemui selepas 14 hari sesat di kawasan hutan berhampiran Pos Musoh baru-baru ini kembali mengimbau ingatan ramai. Tragedi lama yang pernah menggemparkan negara khususnya kisah pilu kehilangan murid Orang Asli SK Tohoi.

Walaupun kedua-dua kes berlaku dalam tempoh berbeza, terdapat beberapa persamaan yang menarik perhatian ramai. Jaslinda dan Miksudiar Aluj sama-sama dilaporkan hilang di kawasan pedalaman berhutan di Kelantan, berjaya ditemui hidup selepas tempoh yang agak lama. Mereka bergantung kepada sumber semula jadi hutan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Kedua-dua mereka juga ditemukan berhampiran kawasan sungai, yang menjadi antara lokasi penting dalam usaha mereka untuk terus bertahan.

Namun, nasib Miksudiar jauh lebih memilukan apabila tragedi yang berlaku pada 2015 itu turut mengorbankan lima rakannya yang hilang bersama dalam kejadian tersebut.

Kini, lebih 11 tahun selepas tragedi itu, Miksudiar masih mengakui trauma yang mendalam setiap kali mengingati detik hitam berkenaan.

Berikut 5 fakta penting tragedi yang pernah menggemparkan negara itu:

1. Hilang 47 hari dalam hutan belantara

Miksudiar Aluj bersama Norieen Yaakob hilang selama 47 hari di Hutan Bertam berhampiran Pos Tohoi selepas melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos 2015.

2. Lari dari asrama kerana takut dihukum

Kejadian bermula apabila tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi bertindak keluar dari asrama selepas mandi sungai tanpa kebenaran kerana bimbang dikenakan tindakan oleh guru.

3. Hanya dua terselamat, lima maut

Daripada tujuh kanak-kanak yang hilang, hanya dua ditemui selamat selepas operasi SAR besar-besaran, manakala lima lagi meninggal dunia di dalam hutan.

4. Bertahan hidup dengan sumber hutan

Sepanjang tempoh sesat, mereka bergantung kepada daun, buah hutan dan air sungai untuk terus hidup, selain bersembunyi di kawasan sungai.

5. Trauma berpanjangan walaupun sudah 11 tahun

Miksudiar mengakui masih enggan mengimbas kembali tragedi itu kerana trauma yang mendalam walaupun sudah lebih sedekad berlalu, dan masih memilih untuk tidak terlalu mengingati kejadian tersebut.

Sementara itu, kisah Miksudiar pula kekal sebagai antara tragedi paling menyedihkan dalam sejarah kehilangan kanak-kanak di Malaysia. Lagi-lagi lima daripada tujuh murid yang hilang ditemui meninggal dunia, manakala dua lagi terselamat tetapi membawa trauma yang berpanjangan.

Perbandingan kedua-dua kes ini turut membuka kembali perbincangan tentang keselamatan di kawasan hutan serta keperluan respons awal dalam operasi mencari dan menyelamat bagi mengelakkan tragedi berulang.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

3

Star

Star

4

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |