Karnival VIKids Alamanda Putrajaya Kembali Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Cuti Sekolah Ini!

13 hours ago 9

Alamanda Shopping Centre bakal membawakan semula Karnival VIKids yang amat dinanti-nantikan bermula dari 20 Mei hingga 7 Jun 2026.

Melalui kempen selama 19 hari ini, ia menjanjikan pengalaman interaktif yang bertenaga tinggi bagi memikat hati ahli-ahli VIKids serta keluarga. Karnival tahunan ini berfungsi untuk menyatukan ibu bapa dan anak-anak, melalui tawaran pelbagai aktiviti bermanfaat yang menggalakkan interaksi aktif.

Foto – Karnival VIKids

Tahun ini, ruang Centre Court akan diubah suai menjadi sebuah karnival retro-futuristik, mengambil inspirasi daripada estetika zaman neon 1980-an.

Para pengunjung bakal melangkah masuk ke lantai bercorak catur hitam putih yang klasik, dikelilingi hiasan lampu neon ikonik yang menggamit nostalgia. Karnival ini turut menampilkan 4 buah stesen seperti permainan pesta ria tradisional, zon arked yang menarik, serta bengkel seni & kraf kreatif yang dibuka kepada orang ramai.

Foto – Karnival VIKids

Karnival ini akan menampilkan persembahan hujung minggu yang menyeronokkan. Para keluarga boleh menantikan tiga pertunjukan harian pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Antaranya persembahan Tarian Neon yang bertenaga tinggi, Pertunjukan Silap Mata, serta aksi Badut Belon yang menghiburkan.

Foto – Karnival VIKids

Di bawah Program Ganjaran Pembeli, ahli VIKids sedia ada yang berbelanja RM300 dan ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai pakar boleh menebus dua Pas Karnival percuma.

Bagi bukan ahli, mereka juga boleh menikmati keistimewaan eksklusif ini dengan berbelanja RM500 dan ke atas dalam maksimum dua resit. Setiap Pas Karnival akan memberikan akses percuma untuk permainan dan aktiviti terpilih.

Untuk info lanjut mengenai Karvinal VIKids, layari laman web rasmi dan Facebook Alamanda Shopping Centre.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

1

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |