PartyBox 360 terletak di Lalaport Bukit Bintang City Centre (BBCC), PartyBox 360 memberikan pengalaman hiburan yang berbeza menerusi gabungan tiga tarikan utama iaitu VS Hall, Rage Room dan Escape Room. Menariknya, ia merupakan antara pusat hiburan pertama di Malaysia yang menghimpunkan ketiga-tiga pengalaman ini di bawah satu bumbung.
VS Hall
@partybox360Do you like this kind of team building? For more than 20 pax please email us at [email protected] #PartyBox360 #teambuilding #momentstogether #fun #fyp
Salah satu tarikan paling popular di PartyBox 360 ialah VS Hall yang diinspirasikan daripada rancangan permainan terkenal seperti Running Man dan WipeOut.
Di sini, pengunjung boleh mencabar rakan-rakan menerusi lebih daripada 30 permainan interaktif yang menguji ketangkasan, keseimbangan, strategi dan kerjasama berpasukan.
Antara permainan yang tersedia termasuk Giant Tetris, Giant Twister, Sumo Boxing, Human Ping Pong, Whack-A-Mole, Air Hockey, Soccer Pool dan banyak lagi.
Setiap sesi dikendalikan oleh Game Marshal yang akan membantu menerangkan peraturan permainan dan memastikan aktiviti berjalan dengan lancar. Ia sesuai untuk aktiviti bersama keluarga, rakan-rakan, pelajar mahupun program team building syarikat.
Lepaskan Stres Dalam Rage Room
Bagi yang ingin mencuba sesuatu yang berbeza, Rage Room di PartyBox 360 memberikan pengalaman yang unik untuk melepaskan tekanan dengan cara yang selamat.
Sebelum memasuki bilik khas ini, pengunjung akan diberikan peralatan keselamatan lengkap. Selepas itu, kalian boleh memilih peralatan yang disediakan dan memecahkan pelbagai barangan sambil mendengar muzik kegemaran.
Konsep ini semakin popular kerana memberi ruang kepada pengunjung untuk meluahkan tekanan dalam persekitaran yang terkawal dan selamat.
Uji Minda Dalam Escape Room
Selain aktiviti fizikal, Escape Room juga tempat untuk menguji kemahiran menyelesaikan masalah dan kerjasama dalam kumpulan.
Peserta akan ditempatkan dalam bilik bertema dan diberi masa selama 50 minit untuk mencari petunjuk, menyelesaikan teka-teki serta mencari jalan keluar sebelum masa tamat.
Terdapat pelbagai tema yang boleh dipilih seperti Haha Circus, The Judge, The Barber, Patient No. 13, Hide and Seek, Project Eureka, Creepy Toy Store, Subway Terror dan Nightmare.
Setiap bilik menawarkan tahap kesukaran yang berbeza, menjadikan pengalaman lebih mencabar dan menyeronokkan terutama apabila dimainkan bersama rakan-rakan.
Dry Pool Yang Menarik
Menariknya, pembelian tiket VS Hall turut memberikan akses ke Dry Pool yang menampilkan kolam bola bercahaya pertama seumpamanya di Malaysia.
Dipenuhi lebih 300,000 bola berwarna-warni serta dekorasi bercahaya LED, kawasan ini menjadi antara lokasi kegemaran pengunjung untuk bergambar dan berehat selepas selesai bermain.
Selain itu, terdapat juga kerusi LED, pelampung gergasi dan beberapa sudut menarik yang sesuai dijadikan latar belakang foto.
Sesuai Untuk Sambutan Dan Aktiviti Berkumpulan
PartyBox 360 turut menyediakan Party Room yang boleh digunakan untuk sambutan hari lahir, tempat berkumpul, acara korporat dan sebagainya.
Ruang ini dilengkapi dengan televisyen LED, projektor, sistem karaoke, Nintendo Switch, permainan papan dan pelbagai kemudahan lain bagi memastikan setiap acara berjalan dengan lebih meriah.
Jika kalian ingin mencari aktiviti yang berbeza bersama keluarga atau rakan-rakan di Kuala Lumpur, PartyBox 360 adalah merupakan tempat gabungan permainan fizikal, cabaran minda dan pengalaman unik yang sukar ditemui di tempat lain.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

4 hours ago
3














![[VIDEO] Didi Astillah Respon Selepas Buat ‘Prank’ Gaduh Depan Syed Saddiq](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/Feature-Image-2000-Px-PHIC-79.webp)


![[VIDEO] Marah Paparazi Di Hospital, Sikap Salman Khan Jadi Bualan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/picture-31-1.webp)


















![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)












