Ammar Nazhan Dakwa ‘Talent’ Diculik, Tapi Komen Kamal Adli Buat Ramai Terhibur- “Asyik Hilang Je”

1 day ago 9

Hantaran terbaru pempengaruh Ammar Nazhan di platform Threads telah mencuri perhatian ramai. Dalam hantarannya, Ammar mendedahkan bahawa salah satu peserta AMZ Team telah hilang dan didakwa diculik oleh seorang lelaki.

“Keluarga kepada talent Am (Ammar) telah hadir untuk membuat laporan polis selepas anak mereka didapati tidak dapat dihubungi. Pihak keluarga juga mengesyaki mangsa telah diculik oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai suami. Namun perkahwinan tersebut dipercayai berlaku di Thailand dan tidak berdaftar secara sah di Malaysia.”

Foto – @amnazhan (Threads)

Menurut Ammar, kehilangan peserta itu telah membuatkan keluarganya menjadi bimbang. Walaupun sudah membuat laporan polis, Ammar meminta bantuan orang ramai yang mengenali peserta itu untuk tampil membantu jika ada sebarang maklumat.

“Keadaan ini menimbulkan kebimbangan serius kepada keselamatan mangsa. Pihak keluarga kini memohon kerjasama orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu. Kes ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.”

Hantaran Ammar itu sedikit sebanyak telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna platform Threads termasuklah pelakon Kamal Adli. Pelakon itu berharap hantaran tersebut adalah benar dan bukannya sekadar ‘content’ semata-mata seperti sebelum ini.

“Awak ni memang terkenal dengan content taw. Harap ni real la. Asyik hilang je.”

Walau bagaimanapun, komen Kamal itu telah membuatkan ramai terhibur dan ada segelintirnya bersetuju dengan apa yang dikatakan olehnya. Bagi mereka, soal keselamatan tidak boleh dibuat main.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |