Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan lebih awal menerusi program realiti terbaharu berjudul “Beret” yang mula disiarkan pada 1 Ogos, setiap Jumaat, pukul 9.00 malam di saluran Okey dan RTMKlik.
Peranan Wanita Dalam Dunia Penyelamatan
via RTM KlikProgram 13 episod ini mengetengahkan peranan wanita dalam dunia penyelamatan, sekali gus mengangkat kecekalan dan semangat juang mereka dalam bidang pertahanan awam.
“Beret” membawa penonton menyusuri perjalanan 20 wanita, terdiri daripada selebriti terkenal dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), yang menyertai latihan intensif bersama Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA).
Antara selebriti yang menyertai cabaran ini termasuk Julia Farhana, Wafariena Roslan, Ayu Damit, Shanzah Parveen, Jasper Supayah, dan Athalia Buswani yang tampil dengan semangat luar biasa mengharungi pelbagai rintangan.
Beri Peluang Kepada Penonton Menyaksikan Latihan Sebenar
via RTM KlikEpisod pengenalan memperlihatkan peserta diperkenalkan dengan dunia PASPA, termasuk latihan disiplin dan kemahiran asas penyelamatan.
Penonton dapat menyaksikan latihan praktikal seperti pertolongan cemas (CPR dan pembalutan luka), teknik ikatan dan simpulan penyelamatan, serta demonstrasi memadam kebakaran.
Latihan kawad kaki turut menguji disiplin dan daya tahan mental peserta.
Program ini bukan sekadar memperlihatkan kekuatan fizikal, tetapi turut menonjolkan aspek ketahanan mental, kerjasama berpasukan, dan keberanian yang diperlukan dalam tugas penyelamatan.
Dengan bimbingan jurulatih berpengalaman dari PASPA, peserta diajar teknik operasi ketinggian, menyelamat mangsa tanpa peralatan, serta mengendalikan situasi kecemasan di air.
Memberi Penghormatan Kepada Wanita
via RTM KlikTujuan utama “Beret” adalah memberi penghormatan kepada peranan penting wanita dalam misi penyelamatan dan kecemasan.
Ia turut mengangkat martabat wanita sebagai tonggak negara yang mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki dalam menghadapi krisis dan cabaran luar jangka.
Program ini menjadi simbol perpaduan, semangat patriotisme, dan ketabahan wanita Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan keberanian dan keteguhan mereka dalam “Beret” setiap minggu, hanya di saluran Okey dan RTMKlik, yang dijangka memberi inspirasi dan kebanggaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

2 months ago
61
![[VIDEO] Kacak & Cik B Pertama Kali Buat Kejutan Sambut Birthday Dato Seri Vida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_2022.jpeg)
![[VIDEO] Kereta Amira Othman Raih Perhatian Netizen-“No Plat Tu Lagi Mahal”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-25.jpg)
![[VIDEO] Aliff Syukri Ingin Bersanding Lagi Selepas Pulang Dari ‘Wedding’ Fattah & Amira](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-26.jpg)








![[VIDEO] Telatah Afwa Menyanyi Lagu Baru Siti Nurhaliza Buatkan Ramai Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-24.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Akui Harus Belajar Untuk ‘Melepaskan’, Cetus Rasa Sebak Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Alhamdulillah-syukur-…selesai-sudah-majlis-pertunangan-Ammar-Auni-💍Dari-dua-hati-yang-berjanj-e1761541005337.jpg)

![[VIDEO] Michael Ang Kongsi Momen Majlis Resepsi Fattah & Amira, Lain Pula Reaksi Netizen Ini?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/eff23ee7-12c4-44c4-893a-f41cc429658a.jpg)
![[VIDEO] Erma Fatima Luah Rasa Sebak Lihat Fattah Amin & Amira Othman](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/835a2cab-62f1-4c7d-ab88-bce75f54e261.jpg)
![[VIDEO] Momen Lucu Paranormal Cik B Bersama Cik Lan, Buatkan Netizen Ketawa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_2004.jpeg)
![[VIDEO] Peminat Teruja Dengar Siti Nurhaliza Menyanyi Guna Mikrofon Murah-“Suara Tetap Power”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_2003.jpeg)













![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)
![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)



![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)


![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)
