[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen

7 hours ago 4

Satu rakaman siaran langsung TikTok mencuri perhatian ramai apabila gelagat spontan Qadejah atau lebih dikenali sebagai Cess menjadi tular gara-gara risau jumlah penonton siaran jualan mereka menurun.

@athqahhh

#alifsyukriterlajaklaris #fyp #ammar

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna @athqahhh di TikTok, situasi bermula apabila abangnya, Ammar  yang kini semakin popular dan sering menjadi ‘magnet’ penonton meninggalkan cess mengendalikan sesi live seorang diri buat seketika. Cess yang kelihatan sedikit kelam kabut, dengan selamba mengarahkan pembantu rumah mereka untuk segera memanggil adik bongsu mereka, Ibrahim atau mesra digelar Baim, untuk turut serta dalam siaran.

“Pelaris kita hilang pula, takpe kita panggil pelaris lagi satu sebab saya dah tak laris!” seloroh Qadejah

Gelagat lucu dan spontan Cess itu bukan sahaja mencuit hati, malah turut membuatkan ramai netizen terhibur melihat bagaimana mereka sekeluarga bekerjasama dalam menjayakan sesi jualan langsung.

“Korang Jangan Pergi Mana-Mana!”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keakraban dan semangat keluarga ini yang saling membantu dalam perniagaan secara dalam talian. Ada juga yang berseloroh mengatakan mereka kini ‘wajib tunggu’ kemunculan Ammar atau Baim dalam setiap live untuk rasa lebih seronok menonton.

“Cess kelakar, terus panggil ‘pelaris lain’ bila Ammar keluar. Memang teamwork terbaik!”

“Family ni kalau live memang wajib tengok. Spontan dan tak fake langsung.”

“Baim pun makin femes sekarang, silap haribulan dia pun ada fanbase sendiri!””

“Betul memanfaatkan populariti abang dia”

Fenomena keluarga Aliff Syukri yang sering membuat siaran langsung di TikTok kini semakin mendapat tempat di hati netizen, bukan sahaja kerana produk yang dijual tetapi juga kerana keluarga mereka yang penuh dengan keletah mencuit hati dan memberi inspirasi kepada penonton.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |