Pelakon dan suami kepada salah seorang aktivis GSF, Ardell Aryana iaitu Nadzmi Adhwa meluahkan rasa berang terhadap tindakan kejam Israhell kepada isterinya ketika berada dalam tahanan.
Muka Ardell Ditumbuk, Tudung Ditarik Tentera ‘Israhell’
Menurut Nadzmi menerusi hantaran di Thread, wajah isterinya telah ditumbuk selain tudungnya ditarik oleh Rejim Zionis disebabkan tontonan (views) yang tinggi ketika dalam perjalanan misi kemanusiaan Global Sumud Flotillla (GSF).
“Darah aku naik kat kepala dah ni! Geramnya! Ya Allah! Syaitan Haram Israhell kau tumbuk muka bini aku? Tarik tudung bini! Memang sial kau ni Israhell! Ya Allah kau berikan seburuk-buruk pembalasan pada mereka yang memperlakukan pada isteri aku!.
“Ardell antara yang mencuri tumpuan pada misi kali ini sebab itu dia kena! Sebab views dia paling tinggi? F**k you Israhell! Siapa cakap bukan-bukan pasal bini aku siap! Dunia sedang memerhati!!”-tulis Nadzmi di Thread
Mendapatkan Rawatan Di Hospital
Bukan itu sahaja, bahu ardell turut terkoyak dan sedang mendapatkan rawatan di hospital bersama seorang lagi aktivis lelaki yang dianggap sebagai adik iaitu Haikal.
“Rupanya dekat hospital! Patutlaa takde jawapan lagi. Haikal tu pun dah macam adik aku! Ya Allah sembuhkan mereka Ya Allah supaya mereka boleh bercerita pada dunia tentang kejahatan Israhell ni!.
Ada lagi kecederaan juga dekat bahu Ardell! Bahu dia koyak! Allahuakbar! Apa ni.”-tulis Nadzmi lagi
“Kita Yang Baca Ni Pun Rasa Sedih…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar Ardell diberikan kesembuhan dengan cepat, malah ramai yang mengutuk kekejaman Israhell terhadap para aktivis yang mahu menjayakan misi kemanusiaan GSF ke Gaza.
“Semoga Ardell cepat sembuh secara fizikal, mental dan emosi. InsyaAllah Ardell kuat.”
“Ada baca tadi salah seorang tahanan bahu terkehel dan terkoyak. Tak sangka pulak Ardell, ya Allah kesiannya dia, kuatnya.”
“Kita yang baca ni pun rasa macam sedihnya, apalah perasaan suami dan keluarga Ardell. Allahu.”
“Ya Allah kenapa zalim sangat! Harap lepas ni buka lagi mata dunia kezaliman diorang.”
“Mesti abang geram gila kan. Kiteorang yang orang luar ni pun rasa nak mengamuk, nak maki, nak siat kulit diorang. Apatah lagi diorang buat macam tu kat syurga abang. Allahu.”
Untuk info, Ardell antara 23 aktivis Global Sumud Flotilla dari Malaysia yang sedang mendapatkan rawatan di hospital Turki selepas dibebaskan Rejim Zionis semalam. Difahamkan, mereka semua dijangka bakal kembali ke tanah air dalam masa terdekat.