Ini Senarai Barangan MyKasih 2025 Yang Kamu Boleh Claim Guna MyKad!

2 weeks ago 28

Sebelum membuat pembelian, MURAI cadangkan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk menyemak terlebih dahulu senarai Barangan MyKasih.

Penting untuk kamu tahu, tak semua barangan boleh dibeli menggunakan bantuan tersebut. Jadi dalam entri ini, MURAI kongsikan senarai barangan MyKasih 2025 yang kamu boleh beli menggunakan MyKad.

Scroll bawah untuk lihat!

Bila Boleh Guna Untuk Lakukan Pembelian MyKasih?

Untuk pengetahuan kamu, bermula 31 Ogos 2025 ini, semua warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas menerima RM100 secara automatik. Amaun RM100 tersebut akan dikreditkan masuk ke dalam MyKad.

Senarai Barangan MyKasih Yang Diluluskan Untuk Pembelian

Penerima bantuan SARA 2025 boleh membeli barangan keperluan asas daripada 14 kategori yang diluluskan oleh kerajaan seperti:

Foto – eCentral

1. Beras

  • Jasmine
  • Jati
  • Saga
  • Bernas
  • Faiza
  • Beras Wangi Cap Rambutan
  • Cap Gajah
  • Cap Masjid

2. Roti

  • Gardenia
  • Massimo
  • Mighty White

3. Telur

  • CP
  • NutriPlus
  • QL Eggs

4. Minyak masak

  • Alif
  • Knife
  • Saji
  • Daisy
  • Seri Murni
  • Buruh
  • Vesawit

5. Tepung

  • Blue Key
  • Cap Sauh
  • Faiza
  • MFM
  • Cap Ros

6. Biskut

  • Munchy’s
  • Tiger
  • Chipsmore
  • Hwa Tai
  • Julie’s
  • KERK
  • Kraft Foods
  • Jacob’s
  • Hup Seng

7. Mi segera

  • Indomie
  • Maggi
  • Mamee
  • Mi Sedaap
  • Cintan

8. Minuman

  • Dutch Lady
  • MILO
  • BOH
  • Nescafé
  • F&N
  • Fernleaf
  • Marigold
  • Horlicks
  • Quaker
  • Vico

9. Makanan dalam tin

  • TC Boy
  • Ayam Brand
  • Adabi
  • Yeo’s
  • Kimball
  • King Cup

10. Bahan perasa

  • Puteri
  • Kimball
  • Maggi
  • Tamin
  • Adabi
  • Faiza
  • Planta
  • Life
  • Jalen
  • Cukup Rasa (Maggi)
  • Serbuk Kari Babas
  • Serbuk Kari Mak Siti
  • CSR

11. Produk kebersihan

  • Colgate
  • Kotex
  • Dettol

12. Ubat-ubatan

  • Prospan
  • Hurix’s
  • Strepsils
  • Sterimar
  • Panadol
  • Difflam

13. Barangan persekolahan

  • Stabilo
  • Faber-Castell
  • Staedtler
  • Bata
  • Campap
  • Canggih

14. Barangan Kebersihan Rumah

  • Sabun / serbuk pencuci pakaian
  • Sabun pinggan mangkuk
  • Pencuci lantai

Cara Pembelian Barang MyKasih 

Berikut adalah langkah-langkah untuk membeli barangan menggunakan bantuan SARA:

@econsave.ktrg

kepada Penerima MyKasih SARA, Boleh rujuk video ni langkah-langkah membeli barangan menggunakan MyKad. Econsave ada terima Mykasih ya. #bandingkanhargakami #Econsavelebihberbaloi #Econsavelebihmurah #Mykasih #kualaterengganu #terengganu

♬ original sound – ECONSAVE.KT – ECONSAVE.KT

  1. Pilih barangan keperluan berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad untuk pengesahan di kaunter pembayaran untuk juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Juruwang akan imbas kod barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Penerima bantuan perlu memasukkan nombor pin 6-digit MyKad untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Penerima juga boleh menyemak baki bantuan MyKasih melalui https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus, aplikasi MyKasih di telefon pintar atau minta penyata baki di kedai rakan niaga MyKasih.

Semoga bermanfaat!

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |