Ada sahaja keletah anak-anak kecil kan?
Baru-baru ini seorang kanak-kanak telah tular di platform TikTok ketika bapanya merakam momen membawa dua anaknya menziarahi kubur nenek mereka. Dalam video pendek berdurasi 21 saat yang direkod oleh sang bapa, kanak-kanak perempuan itu secara spontannya mengatakan neneknya itu adalah pocong.
Duduk di atas bangku kecil di tepi kubur, kanak-kanak itu memberitahu bapanya dan responsnya telah mencuit hati penonton. Bagi MURAI, mungkin dia membayangkan jenazah neneknya yang berbalut kain kafan sebelum dikebumikan, menyamakan keadaan itu dengan bentuk makhluk tersebut.
@fairuz6754Boleh dia kata nenek dia pocong 🤦♂️ Dasar cucu derhaka 😐😐 *Part 1* -Update part 2 da siap upload
♬ original sound – Fairuz 🥷🏻 – Fairuz 🥷🏻
“Ni poconglah sebenarnya. Betul. Tapi memanglah dia pocong sebab dia kena balut. Nanti kalau Allah bagi dia jadi hantu, dia jadilah pocong.”
Tiada siapa boleh jangkakan bahawa kanak-kanak perempuan yang polos boleh berfikiran seperti itu. Walau bagaimanapun, respons bapanya tidak kurang juga lucu.
“Banyaklah kau pocong. Ni mak aku. Kata pocong pula dekat mak aku.”
Foto – @fairuz6754 (TikTok)Mendengar respons dua beranak itu, ramai yang tidak henti meninggalkan komen di video tersebut. Ada yang terhibur dengan keletah mereka.
“Bangun balik neneknya dan berkata, “Jangan nak lempang-lempang cucu aku eh”. Hahaha percayalah.”
“Budak-budak tak pandai tipu, mana tau memang dia nampak pocong tu.”
“Emo terus bapaknya.”
@fairuz6754PART 2 (seperti dijanjikan) Video panjang sikit perbualan anak² dan bapak..jemput layan ✌️ @nurshuhadah @Muhammad Mukhtar #pocong
♬ original sound – Fairuz 🥷🏻 – Fairuz 🥷🏻
Dan ada juga yang mengusik bahawa bapa kanak-kanak itu takut dengan pernyataan anaknya.
“Kau jangan macam-macam bapak tu dah seram tapi cover dengan marah.”
“Abang sebenarnya takut kan.”
“Perangai anak dan bapak sama je.”
Di video seterusnya, bapa kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa neneknya telah meninggal dunia sejak 15 tahun yang lalu kerana sakit tua. Selain daripada gurauan tersebut, ramai yang gembira melihat sikap bapa melayan anak-anaknya walaupun penuh dengan aksi spontan.

1 month ago
89




![[GAMBAR] Apa Yang Berubah di Bangunan Sultan Abdul Samad? Ini 4 Perkara Selepas Kerja Renovasi Selesai](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-04-at-12.17.26-PM.webp)









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)



















![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)




![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)









