99 Speed Mart Kongsi Rezeki, Agih 15,000 Bakul Perayaan Lebih RM700,000 Sempena Raya & CNY

15 hours ago 10

Rangkaian pasar raya mini terkenal, 99 Speed Mart sekali lagi tampil dengan inisiatif prihatin apabila menyalurkan sumbangan melebihi RM700,000 menerusi pengagihan lebih 15,000 bakul perayaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina 2026.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dilihat sebagai usaha murni dalam membantu golongan kurang berkemampuan membuat persiapan perayaan dengan lebih sempurna.

Bakul Perayaan Lengkap Keperluan Harian

Setiap bakul yang diagihkan mengandungi pelbagai barangan asas yang amat diperlukan oleh isi rumah, khususnya bagi membantu membuat persiapan perayaan dengan lebih teratur dan mencukupi tanpa perlu menanggung kos tambahan yang tinggi, antaranya:

  • Beras
  • Beras ketupat
  • Kurma
  • Biskut
  • Bihun
  • Tepung gandum
  • Gula
  • Kordial dan minuman manis

Pendek kata, memang ‘complete set’ untuk sambut perayaan tanpa perlu risau bab keperluan dapur.

Agihan Telus Dengan Kerjasama Pelbagai Pihak

Bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan sasaran, proses pengagihan dilakukan secara sistematik dengan kerjasama beberapa pihak berkuasa.

Antaranya melibatkan pejabat Menteri Besar, kerajaan negeri, Majlis Agama Islam negeri serta rumah kebajikan di seluruh negara. Pendekatan ini memastikan agihan dibuat secara telus dan berakauntabiliti.

Komitmen Berterusan Terhadap Masyarakat

Menurut Ketua Pegawai Operasi 99 Speedmart, Yong Eng Kwang, program ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong kesejahteraan komuniti.

Ketua Pegawai Operasi 99 Speedmart, Yong Eng Kwang

Beliau turut menegaskan bahawa sokongan pelanggan menjadi asas kepada usaha mereka untuk terus menyumbang kembali kepada masyarakat.

Lebih Daripada Sekadar Bantuan

Selain membantu golongan memerlukan, inisiatif ini juga menjadi tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang menjadikan 99 Speedmart sebagai destinasi utama membeli barangan harian.

Sebagai antara rangkaian pasar mini terbesar di Malaysia dengan lebih 3,000 cawangan, langkah ini membuktikan bahawa kejayaan sesebuah jenama turut diukur melalui sumbangannya kepada masyarakat.

Murai suka tengok usaha macam ni, simple tapi impaknya besar. Dalam keadaan kos sara hidup yang makin mencabar, bantuan berbentuk keperluan asas memang paling ‘kena’ dengan rakyat.

Bila jenama besar macam 99 Speedmart turun padang bantu komuniti, itulah definisi sebenar “rezeki dikongsi bersama”. Memang vibes raya yang kita nak lihat

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |