Kadang-kadang, cerita paling melekat dalam dunia hiburan bukanlah tentang kemenangan atau trofi, tetapi detik jujur yang berlaku tanpa skrip. Itulah yang dikongsikan oleh Allan Anderson, atau nama sebenarnya Joan Allan Anderson Sinapati, apabila satu kenangan lama dari penglibatannya dalam program realiti TV Malaysia kembali mencuri perhatian ramai.
Menerusi satu hantaran di Threads, Allan secara jujur mengaku dia sendiri “ngakak” (lucu) setiap kali teringat pengalaman tersebut. Cerita ini berlaku ketika Allan pernah menyertai sebuah program realiti TV di Malaysia, dikenali sebagai Big Stage Alpha, yang turut menampilkan seorang pelakon veteran legenda, ikon sebenar dunia lakonan dan muzik tanah air.

Menurut Allan, sesi ketika itu kelihatan tenang dan penuh nostalgia. Sang ikon berkongsi kisah zaman kegemilangannya, pengalaman seni yang panjang dan memori manis dunia hiburan suatu ketika dahulu. Namun suasana berubah sedikit apabila masuk ke sesi soal jawab.
Dengan niat yang ringkas, Allan bertanya sama ada pelakon tersebut pernah berlakon dengan artis dari Indonesia suatu masa dahulu. Soalan yang kelihatan biasa… sehinggalah jawapan balas yang diterima membuatkan suasana jadi lain macam.
Ikon tersebut memandang Allan dan bertanya,
“Oh, are you from Indonesia?”
Allan menjawab ringkas,
“Yes.”
Dan tanpa angin tanpa ribut, satu ayat spontan terus dilontarkan:
“U rasa Indonesia bagus sangat ke, u rasa u bagus?”
Menurut Allan, pada saat itu dia hanya mampu menyimpan reaksi di dalam hati. Bukannya marah, jauh sekali tersinggung, sebaliknya dia mengaku terhibur.
“Dalam hati gue cuma fikir… oh wanita tua ini imut banget deh,” tulis Allan bersahaja.
Perkongsian itu segera mencuri perhatian netizen. Ruangan komen di Threads dipenuhi reaksi ada yang terkejut, ada yang ketawa, dan ada juga yang mula meneka-neka siapakah pelakon legenda tersebut.
Namun paling mencuit hati, Allan sendiri mengaku dia langsung tak ingat nama individu berkenaan.
“Jujur lupa gue siapa namanya hahaha,” katanya, menutup segala spekulasi.

Netizen pula rata-rata menganggap perkongsian Allan sebagai kisah ‘legend vs reality’ yang jarang didengar, tetapi cukup menghiburkan. Berasal dari Sulawesi Utara, Indonesia, Allan bukanlah nama baharu dalam dunia muzik. Beliau sudah lama bergelar penyanyi profesional di negaranya sebelum melebarkan sayap ke peringkat serantau.
Namanya mula mendapat perhatian lebih luas apabila menyertai The Voice Indonesia pada tahun 2016, sebuah pentas besar yang menjadi titik penting dalam perjalanan seninya. Allan sendiri mengakui sehingga hari ini, beliau tidak pernah melupakan satu momen istimewa apabila persembahannya ketika itu menerima pujian daripada penyanyi dan pelakon tersohor Malaysia, Allahyarham Adibah Noor.

2 hours ago
2


![[GAMBAR] Apa Yang Berubah di Bangunan Sultan Abdul Samad? Ini 4 Perkara Selepas Kerja Renovasi Selesai](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-04-at-12.17.26-PM.webp)









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)





![[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/b142dfd4-3cfd-40bb-8a05-56f8ef25ebf3.webp)















![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)




![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)









