Selepas mencipta fenomena pada penganjuran Asmaraloka 2024 terdahulu, Asmaraloka Fest kini bersedia untuk kembali pada tahun 2026 untuk menemui peminat muzik tanahair.
Untuk edisi 2026 ini, Asmaraloka terus komited untuk memastikan pengalaman festival yang berkualiti dan setanding dengan standard semasa industri, namun kekal berbaloi dan mampu milik untuk golongan belia.
Kali ini dengan menampilkan 9 barisan artis dan band tempatan Asmaraloka Fest 2026 memberi ruang kepada peminat untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa dan berkualiti tinggi sambil menyokong karya dan bakat tempatan di Malaysia hari ini.
Bakal Himpun 4,500 Pengunjung
Dijadualkan berlangsung pada 4 Julai 2026 ini di Ipoh Convention Centre (ICC), festival ini bakal menghimpunkan kira-kira 4,500 pengunjung dalam suasana yang penuh energi, ekspresi dan nostalgia.

Berbeza dengan konsert konvensional, Asmaraloka membawa konsep festival yang lebih santai dan interaktif, merangkumi elemen muzik secara langsung, zon makanan, ruang komuniti serta pengalaman visual yang dirangka untuk melengkapkan keseluruhan pengalaman pengunjung.
Menampilkan barisan artis seperti 6ixth Sense, Iamneeta, Imran Ajmain, Aizat Amdan, Sakura Band, Empty Page, After Midnight, Jemput Dengar dan beberapa lagi kejutan akan diumumkan kemudian.

Kategori Tiket:
Tiket ditawarkan pada harga mampu milik dengan dua kategori utama:
• Kategori MATI RASA ( RM178.00 )
• Kategori PATAH HATI ( RM148.00 )

Pembelian tiket boleh dibuat secara dalam talian melalui platform rasmi Ticket2U, bermula 7 April 2026 dan jangan lepaskan tawaran terhad “ Early Bird Promo ”dengan potongan RM30 setiap tiket.
Layari media sosial FUSE MUZIKA untuk pengumuman dan maklumat lanjut berkenaan festival dan kejutan-kejutan istimewa.
Asmaraloka merupakan sebuah festival muzik yang memberi fokus kepada
pengangkatan bakat tempatan serta penciptaan pengalaman muzik yang lebih inklusif, berkualiti tinggi dan mampu milik.
Sejak penganjuran pertama Asmaraloka Fest 2024, acara ini telah berjaya menarik perhatian komuniti muzik, khususnya dalam kalangan generasi muda, dan berharap dapat terus bertahan sebagai platform dalam industri hiburan tempatan.

6 hours ago
8



![[VIDEO] Anak Pelanggan Dedah Nampak ‘Lembaga Hitam Besar’ Di Kedai Ajak Shiro](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/8.webp)


![[VIDEO] Nazeera Sardi Bertemu Azar Azmi, Netizen Sebak-“Semua Orang Cari Dia…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/37cf02b4-9680-4d1b-bd60-718758711b0a.webp)

![[VIDEO] Sulaiman Usop Hadir Dengan Single ‘Pergilah’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-2-3.webp)







































