[VIDEO] Sulaiman Usop Hadir Dengan Single ‘Pergilah’

15 hours ago 23

Penyanyi berbakat dari Sarawak, Sulaiman Usop, rilis single terbaharu berjudul Pergilah, sebuah single yang memperlihatkan evolusi muzik dan emosi. 

Sulaiman Usop , merupakan seorang penyanyi aktif dalam industri muzik tempatan dan banyak terlibat dalam persembahan – persembahan di Sarawak. Beliau juga adalah pemenang anugerah vokal antap di Cats FM awards. Turut pernah mengeluarkan single berjudul Tentang Dia pada tahun 2019.

Single ‘’Pergilah’’ ini mempertemukan dua jiwa komposer kreatif dari dua negara— Sarawak dan Indonesia—iaitu Irvan Hamdan dan Gunan Syah ( bekas ahli kumpulan popular Indonesia, St12 ), yang menyatukan elemen tempatan dan antarabangsa dalam sebuah karya penuh emosi serta naratif yang mendalam.

Mengulas mengenai jalan cerita single ini, pergilah mengisahkan percintaan sepasang kekasih yang terpaksa berpisah akibat bantahan keluarga pihak wanita yang berlainan bangsa dan agama.

“Dalam muzik video, digambarkan wanita tersebut melarikan diri dalam persalinan pengantin untuk mencari kekasihnya, namun lelaki itu akhirnya reda apabila wanita tersebut memilih untuk mengikut kehendak keluarga,” ujar penyanyi single ini.”-Sulaiman

Proses pembikinan lagu ini melibatkan beberapa peringkat termasuk rakaman vokal di malaysia dan proses mixing serta mastering di jakarta. dari segi susunan muzik, mengetengahkan gaya yang lebih santai dan mudah didekati, agar sesuai untuk pelbagai lapisan pendengar serta berpotensi menjadi lagu siulan ramai.

Single ‘’Pergilah’’ diedarkan secara digital dan ditadbir hakcipta lagu & liriknya oleh Luncai Emas bagi pihak komposer , Irvan Hamdan sebagai komposer eksklusif yang bernaung di bawah Luncai Emas.

Irvan Hamdan turut berkongsi bahawa hubungan baik antara beliau dan Sulaiman Usop menjadi pemangkin utama kepada terhasilnya single ini. Menurutnya, Luncai Emas Sdn Bhd kini menjadi platform penting untuk beliau memperkenalkan karya ke pasaran malaysia, selepas sebelum ini bergerak secara bebas sebagai komposer indie.

“Dengan peluang yang diberikan, saya amat bersyukur kerana karya ini dapat diketengahkan dan dilancarkan di bawah Luncai Emas,” katanya

Pelancaran audio rasmi serta muzik video pergilah nyanyian Sulaiman Usop akan mula menemui penonton di semua platform penstriman digital dan saluran youtube rasmi Luncai Emas bermula 8 mei ini, sekali gus dijangka memperluaskan capaian ke pasaran arus perdana.

“Diharap karya ini mampu meresap ke hati pendengar dan meninggalkan kesan yang bermakna, selain berpotensi untuk dijadikan runut bunyi drama tempatan di semenanjung Malaysia mahupun Sabah serta Sarawak.,” kata Sulaiman

YouTube video

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |