Sakit Pinggang Selamatkan Nyawa – Zara Zya Tak Sangka Diserang Kanser Tahap Satu

5 hours ago 6

Tiada siapa sangka, pemeriksaan MRI untuk sakit pinggang boleh menjadi detik yang menyelamatkan nyawa.

Itulah yang dilalui oleh pelakon popular, Zara Zya apabila tanpa diduga, beliau disahkan menghidap kanser tahap satu.

Sakit Badan Berpanjangan

Zara mendedahkan semuanya bermula tahun lalu apabila beliau mengalami sakit badan berpanjangan akibat masalah arthritis.

Saya selalu sakit badan, susah berdiri lama, tak boleh baring lama-lama.

Jadi saya buat MRI untuk lihat apa masalah sebenarnya.

Menurut HMetro, apa yang ditemui doktor mengejutkan – bukan saja arthritis, tetapi juga fibroid dan sista (cyst) di bahagian ovari.

Pemeriksaan lanjut mengesahkan bahawa sista itu adalah kanser tahap satu.

Tanpa MRI tu, saya mungkin tak tahu pun.

Saya sangat terkejut.

Tapi Alhamdulillah, ia masih di peringkat awal.

Tanpa berlengah, Zara segera menjalani tiga pembedahan utama dalam tempoh sebulan – membuang cyst di ovari, serta prosedur lain di bahagian buah pinggang dan leher.

Lebih Menjaga Diri

via Instagram Zara Zya

Kini, selepas setahun bebas kanser, Zara lebih menjaga diri daripada pemakanan, gaya hidup sehinggalah ke rutin fisioterapi.

Memang sedih bila tahu saya ada kanser, tapi saya pilih untuk kuat dan kekal positif.

Zara juga berkongsi bahawa beliau mengambil masa hampir lapan bulan berehat sebelum kembali ke set penggambaran.

Saya mulakan semula dengan drama Dia Imamku, sebab babaknya tidak terlalu banyak.

Sekarang saya sudah kembali aktif, dan sedang membintangi Bukan Pilihan Hati untuk slot Akasia.

Tambahnya lagi, sokongan orang sekeliling sangat membantu dalam fasa pemulihan ini.

Syukur juga saya ada pemandu. Kalau tidak, memang saya menangis setiap hari nak ke lokasi kerana badan masih belum kuat sepenuhnya.

Kisah Zara Zya bukan hanya menyentuh hati, tetapi juga menjadi peringatan penting tentang kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala.

Kadang-kadang, sesuatu yang nampak biasa – seperti sakit pinggang – boleh jadi petanda kepada sesuatu yang jauh lebih besar dan bagi Zara, ia bukan penamat, tapi permulaan baharu.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |