Kamu sudah semak saman JPJ?
Bermula pada hari ini sehingga 30 Disember 2025, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun saman sebanyak 50%. Tetapi tawaran ini hanya tertakluk kepada notis-notis saman JPJ yang terpilih sahaja.
Pemberian diskaun oleh JPJ hanya terpakai untuk semua jenis saman, kecuali saman yang tidak boleh dikompaun iaitu yang perlu dibawa ke mahkamah.
Cara Semakan Saman JPJ
Orang awam boleh melakukan semakan saman JPJ melalui beberapa saluran seperti:
- Aplikasi MyJPJ [Google Play Store / Apple App Store]
- Portal Awam mySIKAP
- Kiosk JPJ
- JPJ Mobile
- Kaunter JPJ
Kaedah Pembayaran Saman
Manakala kaedah pembayaran saman JPJ pula boleh dilakukan melalui beberapa saluran kecuali saluran MyEG dan Pejabat Pos Malaysia:
- Aplikasi MyJPJ [Google Play Store / Apple App Store]
- Portal Awam mySIKAP
- Kiosk JPJ
- JPJ Mobile
- Kaunter JPJ
Foto – JPJ Malaysia (FB)Jika kamu masih belum ada aplikasi MyJPJ dalam telefon pintar, sila ikuti panduan berikut untuk memuat turun:
Foto – JPJ Malaysia (FB)- Muat turun aplikasi MyJPJ di Google Play Store, Apple App Store atau HUAWEI App Gallery.
- Daftar JPJeID dengan masukkan nombor MyKad, MyPR atau MyKAS.
- Masukkan butiran yang diperlukan dan sahkan maklumat.
- Isi maklumat keselamatan
- Tetapkan kata laluan pengguna dan kamu sudah berjaya mendaftar.
Nasihat MURAI bagi pembaca yang mempunyai saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, kamu disarankan untuk selesaikan notis-notis tersebut dalam tempoh tawaran. Jika gagal lakukan sedemikian, ia akan mengakibatkan sekatan urus niaga selepas tempoh tawaran pembayaran khas kompaun ini berakhir.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.jpj.gov.my/ atau hubungi talian hotline JPJ di 03 8000 8000.

1 month ago
119




![[GAMBAR] Apa Yang Berubah di Bangunan Sultan Abdul Samad? Ini 4 Perkara Selepas Kerja Renovasi Selesai](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-04-at-12.17.26-PM.webp)









![[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/snowlim-e1769746851852.webp)



















![[VIDEO] Isaac Raees Teruja Dapat Tengok Binatang Di Zoo Taiping-“Jenuh Nak Layan 2 Anak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-17.jpg)




![[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-16.jpg)









