Suami kepada penyanyi dan pelakon, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman memberikan ucapan istimewa di atas kemenangan isterinya yang berjaya melakar kejayaan manis apabila diumum Aktres Pembantu Filem Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37 pada Jumaat lalu.
Mahadi menerusi hantaran di Instagram, turut memuatnaik foto isterinya yang dikelilingi belon dan belon foil tertera ‘Congratulations’ selain menitipkan ucapan manis buat Heliza agar perjuangannya memberi manfaat kepada ramai orang.
“Alhamdulillah Ya Allah, aku jatuh cinta bukan hanya pada senyummu, tapi pada kesungguhanmu mengejar redaNya. Tahniah my cute pondati atas penganugerahan trofi Aktres Pembantu Filem Popular ABPBH 37 baru-baru ini. Ingatlahyang ini bukan sekadar anugerah, tapi amanah.
Semoga setiap langkah kita selepas ini lebih dekat kepada Allah dan memberi manfaat kepada ramai orang. Teruskan perjuangan dakwah dalam seni.-kapsyen Mahadi di Instagram
Heliza Turut Beri Respon!

Di ruangan komen, ucapan Mahadi yang penuh puitis itu turut mendapat respon oleh Heliza, malah para peminat turut memberikan ucapan tahniah buat pelakon yang membintangi filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, menewaskan nama besar iaitu Erra Fazira, Fasha Sandha, Amelia Henderson dan Kiky Hannah ini.
“MasyaAllah puitis sungguh kapsyen itu. Mungkin boleh dijadikan lirik baru haha. Jazakumullahu khayr. Terima kasih atas keizinan, keredhaan, atas support yang tak berbelah bahagi darab, yang senantiasa mendoakan. Makacih manyaks-manyaks.”-Heliza Helmi
“MasyaAllah sempat ya siap-siap semua. Tahnoah Helizaa! Alhamdulillah!.”
“Walaupun dah lama tak aktif berlakon tapi itulah rezeki namanya.”
Heliza ketika menerima trofi, turut menyatakan bahawa kemenangan itu adalah ditujukan kepada keluarga serta peminat.
Apa komen anda?

10 hours ago
6







![[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/9-1.jpg)
![[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- “Sayang Diri Kita Dulu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-7.jpg)

![[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/0f818463-9a11-4a31-bee0-8e7760c288db.jpg)
























![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)




![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)




![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)



