Baru-baru ini, Ardell menyertai Global Sumud Flotilla, armada kapal bantuan terbesar dalam sejarah yang membawa 500 aktivis dari 44 negara untuk memecah blokade Israel ke Gaza. Bersama 34 rakyat Malaysia lain, termasuk penyanyi Zizi Kirana dan Heliza Helmi, beliau berlayar dari Tunisia pada September 2025, membawa makanan, ubat dan bantuan untuk mangsa konflik yang telah meragut lebih 65,000 nyawa mengikut anggaran PBB.
Pada 1 Oktober 2025, kapal Mikeno yang membawa Ardell dihalang oleh pasukan pertahanan Israel (IDF) kira-kira 100 batu nautika dari pantai Gaza. Beliau sempat mengedarkan mesej “See you in jail” melalui Instagram sebelum komunikasi diputuskan, menggambarkan serbuan ganas IDF yang mengabaikan tanda damai peserta. Selepas lebih 20 jam hilang hubungan, Ardell dan rakan-rakannya ditahan, mencetuskan kemarahan global.
Perjuangan Ardell melambangkan solidariti tak tergoyah terhadap Palestin, menjadikannya ikon keberanian di kalangan selebriti Malaysia. Suaminya menyatakan kegelisahan mendalam, berdoa untuk keselamatan isterinya. Misi ini bukan sahaja menyerlahkan penderitaan Gaza tetapi juga menantang dunia untuk bertindak.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila Ardell yang tiba di Turkiye dengan memakai tshirt yang digantikan sebagai tudung. seorang aktivis dari turkey iaitu Semanur Sunmaz Yaman menceritakan bahawa tentera jijik itu telah menanggalkan tudung mereka ketika dipenjara dan rakan-rakan sepejuangan yang tidak bertudung memberikan baju tshirt kepada mereka sebagai tudung.
@era.jeTentera penjajah zionis jahat!! Allahuakbar 🥺 Tentera zionis tanggalkan tudung mereka di penjara! Rakan lain bagi tshirt untuk menutup kepala mereka 😭 #sharERA Kredit tiktok yowwitsnur___
Suami kepada Ardell iaitu Nadzmi Adhwa juga meluahkan rasa kesal apabila isteri tercintanya itu dilayan sebegitu. Tambahnya lagi, semoga apa yang berlaku kepada peserta Global Sumud Fortilla ini membuka lebih banyak mata supaya menyedari betapa kejamnya tentera zionis tersebut.
@vitblassReplying to @onlyme3748 bukan nk tunjuk aib, plus dlm video pun mereka semua tutup aurat.suami ardell pun minta sebarkan utk spread kekejaman mereka terutama pada wanita muslim. credit:Qhai #gsf #ardellaryana #nadzmiadhwa #sumudnusantara #fyppppppppppppppppppppppp
♬ original sound – vitblass – vitblass
Info tambahan, Ardell Aryana, nama sebenar Nurul Hidayah Mohd Amin, merupakan seorang pelakon dan aktivis kemanusiaan Malaysia yang berusia 35 tahun. Beliau terkenal melalui peranannya dalam drama popular seperti “Kisah Cinta Setangkai Bunga” dan sebagai pengaruh media sosial yang kerap membincangkan isu hak asasi manusia. Sebagai isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa, Ardell telah lama terlibat dalam misi kemanusiaan, termasuk bantuan untuk rakyat Gaza.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. apa kata anda?