Anas Zahrin Sumbang RM50,000 Untuk Rakyat Palestin

15 hours ago 6

Nama Anas Zahrin, pengasas jenama kecantikan popular ANAS Cosmetics, memang tak asing lagi di media sosial. Dikenali sebagai pempengaruh yang pemurah dan selalu tampil membantu mereka dalam kesusahan, kali ini Anas sekali lagi mencuri perhatian dengan tindakan berjiwanya.

Bersempena kejayaan luar biasa produk lipmatte ANAS Cosmetics yang telah terjual 1 juta unit di TikTok Shop, Anas tampil menyumbangkan RM50,000 kepada rakyat Palestin melalui Persatuan Cinta Gaza Malaysia pada 6 Oktober 2025.

“Secara peribadi pun saya pernah sumbangkan kepada rakyat Gaza. Tapi kali ini lebih bermakna sebab ia dibuat atas nama jenama ANAS Cosmetics  dan sumbangan ini sebenarnya datang daripada hasil pembelian para pelanggan kami juga,” ujar Anas dengan rendah hati.

Kalau kalian masih ingat, Anas yang pernah dinobatkan sebagai TikTok Shop Creator Of The Year (TikTok Awards MY 2023) memang antara nama besar dalam dunia perniagaan digital tempatan. Tapi dalam sibuk membina empayar kosmetik, dia tak pernah lupa tanggungjawab sosialnya.

Menurutnya, sumbangan itu bukanlah penamat, malah menjadi pemangkin untuk lebih banyak inisiatif kebajikan selepas ini.

“Sumbangan ni bukan sekadar tanda terima kasih pada pelanggan, tapi juga sebagai misi ‘give back’ kepada yang memerlukan. Insya-Allah bulan seterusnya, saya akan teruskan usaha ini, mungkin dengan badan-badan kebajikan lain m contohnya Yayasan Nurjiwa milik Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dalam masa sama, bantuan untuk rakyat Malaysia juga akan tetap diteruskan,” jelasnya lagi.

Sejak dilancarkan pada Ogos 2017, ANAS Cosmetics terus berkembang sebagai antara jenama tempatan paling berpengaruh di TikTok dan Instagram. Dengan 3.6 juta pengikut di TikTok dan lebih 800 ribu di Instagram, setiap perkongsian Anas pasti menarik perhatian, bukan saja kerana produk kecantikannya, tapi juga kerana nilai kemanusiaan di sebalik setiap kejayaan yang diraih.

Tahniah Anas! Bukan sekadar founder berjaya, tapi juga insan berhati emas yang sentiasa memberi inspirasi.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |