[VIDEO] Krisdayanti Sekeluarga Berkunjung Ke Rumah Siti Nurhaliza, Buatkan Netizen Teruja!

7 hours ago 4

Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat.

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Awet Muda Banget Ya Bu Siti Nurhaliza”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @aureliehermansyahatta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2 juta, tanda suka sebanyak 133 ribu dan sebanyak 667 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Krisdayanti bersama anak dan cucunya yang berkunjung ke rumah Biduanita Negara Dato Sri Siti Nurhaliza sebelum mereka pulang ke Indonesia. Di dalam video berkenaan juga memaparkan Tokti yang menjamu pelbagai jenis juadah buat tetamunya itu.

@aureliehermansyahatta

Seronok sangattt! @Siti Nurhaliza 🥰💖

♬ original sound – Aurelie Hermansyah – Aurelie Hermansyah

Ratta-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa keakraban Tokti dan Krisdayanti tidak dapat disangkal lagi kerana mereka adalah rakan baik sejak dahulu lagi. Tambah mereka lagi, Tokti tampak semakin cantik dan muda selepas berjaya menurun berat badannya itu.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |