Drama bersiri China terbaru, Fated Hearts, kini ditayangkan secara eksklusif di iQIYI, menampilkan gandingan dua bintang besar, Li Qin dan Chen Zheyuan.
Kisah Cinta Terlarang Di Tengah Kancah Perang
via iQIYI MalaysiaBerlatarbelakangkan zaman perang dan kekacauan politik, kisah ini bermula apabila pemanah wanita handal, Fu Yixiao (Li Qin), menembak Putera Susha, Feng Suige (Chen Zheyuan), sekali gus mengubah haluan perang.
Namun, Yixiao hilang ingatan selepas terjatuh ke jurang, lalu diselamatkan oleh sebuah keluarga tabib.
Takdir mempertemukan semula dua musuh ini dalam situasi yang memaksa mereka saling bergantung demi kelangsungan hidup.
Apa yang bermula sebagai muslihat dan tipu daya, perlahan-lahan berubah menjadi hubungan cinta yang mendalam – penuh kepercayaan, pengorbanan dan ketegangan emosi.
Gabungan Kuasa Lakonan dan Sinematografi Mempesonakan
via iQIYI MalaysiaLi Qin dan Chen Zheyuan menyerlahkan chemistry yang kuat, membawakan watak-watak kompleks dengan emosi yang penuh lapisan.
Chen Zheyuan yang semakin dikenali dalam kalangan peminat Malaysia, tampil dengan karisma ‘boyfriend material’ yang pasti mencuri hati penonton generasi muda, terutamanya peminat K-Drama.
Gabungan visual sinematik yang memukau, rekaan kostum klasik yang elegan serta elemen budaya seperti memanah dan kuasa wanita menjadikan drama ini sangat memikat.
Kisah ini tidak sekadar romantik, tetapi juga sarat dengan misteri, pengkhianatan dan strategi politik yang mencengkam.
Mengapa Wajib Tonton di iQIYI
via iQIYI MalaysiaFated Hearts membawa tema “musuh jadi penyelamat”, satu kisah cinta yang berkembang dalam dunia penuh konspirasi dan rahsia gelap.
Dengan episod baharu setiap Rabu hingga Jumaat, penonton boleh menikmati kisah yang mendebarkan ini bersama sarikata Bahasa Melayu dan Inggeris.
Bagi penggemar drama sejarah dengan sentuhan moden dan emosi yang menyentuh jiwa, Fated Hearts adalah pilihan tepat.
Saksikan bagaimana cinta boleh berkembang di antara dua insan yang sepatutnya saling membunuh – hanya di iQIYI (www.iQ.com).

2 months ago
72







![[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/9-1.jpg)

![[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- “Sayang Diri Kita Dulu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-7.jpg)

![[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/0f818463-9a11-4a31-bee0-8e7760c288db.jpg)























![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)






![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)


