Sebelum ini Datuk Aaron Aziz kembali hangat diperkatakan apabila dikatakan tidak peka dengan isu yang melibatkan Gaza.
Tiada Kaitan Dengan Misi Sumud Flotilla
via Oh BulanSehubungan dengan itu, Aaron Aziz tampil menjelaskan salah faham yang timbul susulan tularnya satu klip temu bual yang didakwa menyentuh isu misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Menerusi satu hantaran di Instagram, Aaron menegaskan bahawa kenyataannya tidak pernah menyebut atau merujuk kepada GSF seperti yang didakwa oleh seorang pempengaruh media sosial baru-baru ini.
Menurut Aaron, soalan dalam temu bual itu hanya menyentuh pandangannya terhadap artis yang tidak bersuara mengenai isu genosid di Gaza dan bukan berkaitan dengan mana-mana misi bantuan secara khusus.
Bukan Mahu Perlekeh Mana-Mana Usaha
via Instagram Aaron AzizAaron turut menjelaskan bahawa temu bual tersebut telah berlangsung dua minggu lalu dan tiada langsung niat untuk memperkecilkan usaha sesiapa dalam menyokong Palestin.
Sebaliknya, beliau menekankan bahawa sebagai seorang Muslim, sudah tentu dirinya menyokong perjuangan rakyat Gaza dan sentiasa menyuarakan isu kemanusiaan yang berlaku di sana.
Tegasnya, sebarang bentuk tohmahan atau fitnah perlu dihentikan kerana ia boleh memberi kesan kepada imej serta niat sebenar beliau yang hanya ingin menyampaikan pandangan secara jujur.
“Jangan Fitnah, Kita Jawab di Akhirat”
via KosmoDalam nada tegas, Aaron turut menyeru agar pihak yang menyebarkan dakwaan palsu menonton keseluruhan temu bual tersebut sebelum membuat sebarang kesimpulan.
Jangan fitnah saya, anda jawablah di akhirat nanti.
Aaron turut menyatakan bahawa sokongan terhadap Palestin bukanlah satu isu untuk dipolitikkan atau dijadikan bahan manipulasi.
Netizen rata-rata menyokong kenyataan pelakon berusia 49 tahun ini dan menganggap tindakan segelintir pihak menyebar video secara separa adalah tidak adil dan mengelirukan.
Jelasnya, isu Gaza adalah soal kemanusiaan, bukan populariti atau content semata-mata.

2 months ago
70







![[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- “Kemain Muka Bangga, Untunglah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/9-1.jpg)

![[VIDEO] Syada Luah Trauma Nak Bercinta, Shila Amzah Titip Nasihat- “Sayang Diri Kita Dulu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/5-7.jpg)

![[VIDEO] Rakan Selebriti Titip Kata Semangat Buat Elyana Kembali Berjuang Lawan Kanser](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/0f818463-9a11-4a31-bee0-8e7760c288db.jpg)























![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)



![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)






![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)


