Dalam treler “The Kardashians” yang baru dikeluarkan, bintang realiti Kim Kardashian mendedahkan bahawa penyiasat persendirian telah memberi amaran kepadanya bahawa seseorang yang rapat dengannya didakwa telah mengupah pembunuh upahan untuk membunuhnya.
“Saya mendapat panggilan daripada penyiasat. Mereka berkata seseorang yang rapat dengan saya mahu menghabiskan nyawa saya.”
Tidak mahu mendedahkan identiti pelaku kepada umum, pengasas jenama SKIMS itu tidak berkongsi butiran kejadian atau bila kejadian itu berlaku semasa merakam rancangan realiti “The Kardashians”.
Dalam treler yang dikeluarkan pada 1 Oktober 2025 untuk musim ke-7 “The Kardashians”, Kim dilihat keluar daripada kereta dan kelihatan bimbang apabila tiba di set penggambaran.
Suasana menjadi lebih tegang apabila adiknya, Kendall Jenner memberitahu bagaimana semua orang menjadi gelisah dan Kylie Jenner pula mendedahkan dia mendengar tapak kaki masuk ke biliknya.
Treler itu kemudiannya menunjukkan sebuah kereta polis berhenti di hadapan sebuah rumah, sebelum Kim Kardashian mendedahkan dia berasa takut.
“Saya benar-benar takut.”
Treler itu juga ditutup dengan adegan pengakuan yang menunjukkan Kim menangis sambil memberitahu kejadian itu sudah berakhir.
Treler “The Kardashians” untuk musim ketujuh itu juga turut menayangkan keterangan Kim Kardashian di Paris untuk perbicaraannya mengenai rompakan yang berlaku pada Oktober 2016. Rompakan itu telah mengakibatkan Kim diikat oleh perompan dan menanggung kerugian lebih $6 juta barang kemas.
Bukan itu sahaja, peminat rancangan realiti ini juga dapat melihat perhimpunan di Kris Jenner bersama pelakon “All’s Fair” seperti Glenn Close, Sarah Paulson dan Niecy Nash.
Untuk maklumah semua, “The Kardashians” musim ketujuh ini akan ditayangkan pada 23 Oktober 2025 di platform Hulu, dengan episod baharu dikeluarkan pada setiap hari Khamis.