Aktivis wanita Global Sumud Flotilla iaitu penyanyi dan pelakon, Heliza dan Hazwani berkongsi pengalaman mereka ketika ditahan tentera ‘Israhell’ selepas diculik di perairan antarabangsa, baru-baru ini.
Adik-beradik The Helmi’s ketika ditemubual oleh media Turki, menceritakan bahawa mereka dilayan dengan teruk dan kejam oleh tentera ‘Israhell’ termasuklah terpaksa meminum air tandas.
“Bolehkah anda bayangkan kami minum air dari tandas? Beberapa orang juga berada dalam keadaan sangat-sangat sakit. Tetapi, mereka (Israhell) berkata, ‘adakah mereka sudah mati?. Jika tidak, maka itu bukan masalah saya’.
Jadi, mereka benar-benar orang yang kejam. Saya rasa dunia harus memberitahu bawa ‘Israhell’ adalah orang yang sangat-sangat kejam.”kata Hazwani Helmi
Tidak Makan Selama Tiga Hari
Bukan itu sahaja, Heliza turut menceritakan bahawa dia tidak makan selama tiga hari selain hanya minum air dari tandas.
“Saya makan pada 1 Oktober. Hari ini (4 Oktober) adalah makanan pertama saya. Jadi untuk tiga hari, saya tak makan, hanya minum air dari tandas.-Kongsi Heliza Helmi
@anadoluagency‘We drank toilet water’ Speaking to Anadolu, Malaysian singer-actors Heliza Helmi and Hazwani Helmi, who took part in Global Sumud Flotilla mission to deliver aid to Gaza, arrived in Istanbul described treatment by Israeli forces after vessel was attacked #globalsumudflotilla🇵🇸
♬ original sound – Anadolu English – Anadolu English
Dalam pada itu, Heliza dan Hazwani turut menitipkan rasa syukur dan tersentuh dengan rakyat Turki yang tidak henti memberikan sokongan.
“Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat Turki. Kami rasa sangat tersentuh. Terima kasih di atas sokongan anda. Ia membuatkan kami rasa sangat gembira. Terima kasih Turki, anda terbaik.”-tambah The Helmi’s
Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kesemua 23 sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) telah selamat mendarat di Istanbul dan bakal kembali ke tanah air dalam masa terdekat.
Terdahulu, dilaporkan sebanyak 42 Flotilla kemanusiaan telah dipintas tentera ‘Israhell’, yang mengakibatkan seramai 201 aktivis dari 36 negara ditahan, termasuklah 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.