[VIDEO] Azhar Sulaiman Titip Rasa Bangga Leona Berjaya Beli Kereta Pertama, Curi Perhatian Netizen!

14 hours ago 5

Pelakon senior, Azhar Sulaiman menitipkan ucapan tahniah di atas pencapaian anak perempuannya yang juga pempengaruh, Kasih Iris Leona yang berjaya membeli kereta pertamanya pada usia 23 tahun.

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Azhar meluahkan rasa bangga terhadap Leona yang telah bekerja sehingga mampu untuk memiliki kereta baharu jenama tempatan, iaitu Proton e.MAS 7 berwarna merah jambu.

“Tahniah, syukur Alhamdulillah. Mummy Daddy sangat bangga Leona dah beli kereta pertama. Sekarang praktis belajar.

Tahniah Mekna sebab telah berjaya menjadi seperti marhaen yang lain bekerja dan memberi kereta sendiri.”-kapsyen Azhar Sulaiman di TikTok

@theazharsulaiman

Tahniah Mekna sebab telah berjaya menjadi seperti Marhaen yang lain bekerja & membeli kereta sendiri….

♬ Cinta Setandan Pisang – Eda Ezrin & Den Manjo

“Kami Bangga Dengan Cicak British Kami…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Leona, malah ramai yang memuji anak perempuan Azhar Sulaiman ini yang memilih jenama kereta tempatan biarpun sebenarnya berkemampuan untuk memiliki kereta jenama antarabangsa.

“Dia mampu beli Mercedes tapi masih pilih jenama tempatan. Dia sangat merendah diri dan very down to earth person. I’m a proud fan!.”

“Kami bangga dengan cicak British kami 🥰.”

“Beli mesti sebab warna pink kan.”

“Deep down, akak bangga dengan kau dik. Akak tengok journey life kau daripada joget-joget kat TikTok, rambut macam-macam colour, pastu sambung belajar, belajar masak sendiri, graduate sampai lah sekarang. Nampak kematangan dan progress kau dik.”

“Kita semua tahu alasan Leona naik Grab lepas ni, i lupa charge kereta i.”

“Mampu beli kereta lebih mahal, tapi Leona beli buatan Malaysia. terbaik Leona. Contoh terbaik tak perlu lah jadi anak muda-mudi yang berebut nak jenama H.”

“Okay Leona, kita geng! Ada lesen tapi tak pandai drive. Lama dah tak pegang stereng.”

Kami di Murai MY turut mahu mengucapkan tahniah di atas pencapaian Leona berjaya memiliki kereta pertama. Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |