Nilam Ortiz Kesal Ada Individu Tidak Dikenali Suka Hati Datang Pegang ‘Baby Bump’-“Orang Yang Kenal Pun Tak Buat Macam Ni..”

3 hours ago 3

Umum mengetahui isteri kepada pelakon, Azlan Komeng iaitu Nilam Ortiz kini sedang hamil anak pertama.

Walaubagaimanapun, Nilam menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, meluahkan rasa kurang selesa terhadap tindakan segelintir orang awam yang tidak dikenali sesuka hati memegang perutnya itu.

“Aku tak suka la kalau orang jumpa aku kat luar, yang tak kenal sentuh perut aku. Orang yang kenal aku pun tak buat macam ni (pegang perut) tau.

Tadi kiteorang keluar, lepastu jumpa la ada seorang mak cik ni aku tak kenal, sentuh perut aku. “-luah Nilam di TikTok

@puan_nilamortiz

Tak reti nak bercakap tapi nak bercakap juga faham la harapan nya di sini

♬ original sound – puan nilam ortiz – puan nilam ortiz

“Kita Tak Tahu Aura Apa Yang Ada Pada Orang Tu…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan pesanan agar berhati-hati apabila ada individu yang tidak dikenali datang memegang perut ibu hamil kerana kita tidak mengetahui niat sebenar mereka.

“Bahaya. Kalau ada orang yang niat jahat. Macam-macam boleh jadi.”

“Saya even kakak sendiri pregnant pun saya tak pegang. Selagi dia tak suruh pegang memang aku tak pegang.”

“Kalau boleh jangan bagi orang tak kenal pegang perut, bahaya dik.”

“Betul kak. Kita tak tahu aura apa yang ada pada orang tu.”

“Betul tu kak, bahaya. Kita tak tahu niat orang tu macam mana. Kalau hati dan niat baik takpe, ni niat lain jadi lain. Kak Nilam take care ya, kandungan akak lagi jaga-jaga ya.”

“Ikutkan memang tak boleh, sebab tak tahu niat orang macam mana.”

“Arwah nenek saya bidan kampung, memang dia pesan kalau pregnant jangan bagi siapa-siapa pegang perut kita.”

“Faham Nilam, betul bimbang ye la takut ada sesuatu yang tak nampak pada diorang.”

Sekadar info, Azlan Komeng dan Nilam Ortiz mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |