Haroqs Titip Ucapan Buat Rakyat Malaysia Selepas Dibebaskan Penjara ‘Israhell’

2 hours ago 2

Salah seorang daripada peserta termuda yang menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs akhirnya memuatnaik satu hantaran di media sosial selepas lima hari ‘sepi’ kerana ditahan Rejim Zionis ketika dalam perjalanan ke Gaza.

Menangis Baca Satu Posting Selepas Dibebaskan Dari Penjara Israhell

Bakal kembali ke tanah air, Haroqs menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa dia menangis tanpa henti selepas melihat satu ‘posting’ setelah dirinya dibebaskan dari penjara Rejim Zionis.

“Saya menangis tanpa henti bila tengok satu posting ini setelah saya dibebaskan dari penjara.

InsyaAllah esok saya kongsikan cerita itu.”-tulis Haroqs di Insta Stories

Titip Ucapan Terima Kasih

Dalam pada itu, peserta termuda dari Malaysia yang menyertai Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla turut menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang mengambil beratnya tentang dirinya itu.

“Terima kasih buat semua yang ambil berat tentang saya. Ya Allah hebat susunan Engkau.”-titip Haroqs lagi

Untuk info, misi Global Sumud Flotilla yang disertai lebih 400 aktivis dari seluruh dunia termasuk Malaysia telah ditahan tentera Israhell sebelum berlabuh di Gaza. Walaubagaimanapun, kesemua 23 sukarelawan Malaysia berjaya dibebaskan hasil rundingan diplomatik kerajaan Malaysia dan beberapa negara.

Kesemua aktivis seperti penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio, Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu), penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga), Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma), serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius) bakal tiba di tanah air malam ini dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1) Terminal 1 pada 9.45 malam.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |