“Sehari Pun Tak Pernah Tak Bercakap” – Jefri Nichol Akui Hidup Lebih Tenang Sejak Bercinta Dengan Ameera Khan

3 hours ago 2

Aktor popular Indonesia, Jefri Nichol akhirnya mengakui kehidupannya kini jauh lebih tenang dan sederhana sejak menjalin hubungan cinta dengan pempengaruh terkenal Malaysia, Ameera Khan. Menurut Jefri, 26, kehadiran adik kepada selebriti Neelofa itu benar-benar mengubah caranya melihat erti ketenangan hidup, malah menjadikan dirinya lebih suka berada di rumah berbanding keluar bersosial seperti dahulu.

“Semenjak bercinta dengan Ameera, saya lebih suka duduk di rumah. Ramai tak percaya, tapi itu kenyataannya. Sisi lama saya yang gemar bermain permainan video kembali muncul. Dahulu, dua tiga tahun lalu saya lebih banyak keluar malam, tapi sekarang saya rasa tiada sebab untuk teruskan gaya hidup begitu,” katanya dalam satu sesi TikTok.

Pelakon filem Ali Topan itu juga mendedahkan bahawa hubungan mereka sangat rapat hingga sukar berenggang walaupun sekejap. Katanya, mereka berkomunikasi setiap hari tanpa gagal, malah telefon menjadi penghubung utama walaupun hanya untuk berbual perkara kecil. “Bangun tidur pun kami masih berbual di telefon. Kalau talian terputus, kami terus telefon semula. Kami memang belum pernah tidak berhubung langsung, sentiasa on the phone,” katanya sambil ketawa kecil.

Namun, kenyataan Jefri itu pantas mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang memuji kejujuran dan ketulusan hubungan mereka, namun tidak kurang juga yang menegur sikap pasangan itu yang dilihat terlalu terbuka berkongsi hal peribadi. “Comelnya mereka berdua, macam drama cinta remaja. Nampak tulus dan ikhlas,” tulis seorang pengguna media sosial.vSebaliknya, ada juga yang menyifatkan hubungan mereka terlalu melekat hingga menimbulkan rasa janggal.

“Asyik telefon setiap masa, tak bosan ke? Hidup bukan 24 jam dengan pasangan. Sudah sudahlah tu!” tegur seorang netizen. Malah, ada juga yang menulis komen pedas, “Orang sibuk pasal Sumud, engkau galak bermaksiat. Kalau betul bahagia, tak perlu heboh satu dunia. Simpan sikit privasi tu.”

Sebelum ini, hubungan antara Jefri dan Ameera sering mencuri perhatian peminat di kedua-dua negara, hingga ada yang menggelarkan mereka pasangan paling romantik Indonesia–Malaysia. Spekulasi hubungan cinta mereka mula hangat diperkatakan sejak awal tahun ini apabila kedua-duanya sering memuat naik gambar bersama dan meninggalkan komen manja di media sosial masing-masing, seolah-olah tidak lagi mahu menyorokkan kasih yang sedang mekar.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |