Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Aisha Retno yang menjawab pertanyaan menggunakan bahasa inggeris dengan lancar.
@aisharettReplying to @happyendingalways i think i like to yap a lot so if u wanna see me yap more pls come to my showcase tomorrow ill sing more than yap i promise!! SEE U AT JIOSPACE 8PM!
♬ original sound – Aisharetno – Aisharetno
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka suka dengar Aisha Retno bersembang menggunakan bahasa inggeris dan jika beliau menjadi DJ Radio pasti akan ramai mendengarnya.
“sama macam cousin dia sofea, english diorang macam air je serupa macam first language”
“please take aisyah retno as dj radio”
“memang allah bagi semua kat dia ke, cantik, great singer, kaya, bijak”
“go listen her english single, sumpah best”
“as person who has worked all over world, i have to tell you that young generation of Malaysia are eloquent and most importantlt they are able to communicate clearly”
“best girl kot, accent pun cantek je xda sangkut sangkut, nyanyi pun sedap”
Siapa yang tidak kenal dengan Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam atau lebih dikenali sebagai Aisha Retno yang merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan lagu popularnya, “Mengikat Jiwa”. Selain itu, beliau turut menjadi salah seorang daripada 24 penyanyi amatur Vokal Mania. Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat dan telah memenangi tempat ketiga.
Mewarisi bidang muzik daripada ibunya yang berwarganegara Indonesia, Jean Retno Aryani yang merupakan bekas penyanyi era 1980-an sezaman dengan Hetty Koes Endang, Kerjaya muzik profesional Aisha bermula apabila beliau mengikat kontrak bersama Sony Music Malaysia,
Terdahulu pada AJL 38, Aisha Retno telah berjaya memukau rakyat Malaysia dengan persembahan lagu ‘Sutera’ sehingga membawa pulang hadiah kategori persembahan terbaik dan tempat kedua lagu terbaik. Sejak dari itu, nama Aisha Retno semakin dikenali ramai.