Cinnamon Roll Hasil Tangan Qadejah Dipuji,- ‘Bab Bakery Dia Menang’

2 hours ago 2

Video masakan Cinnamon Roll  oleh Qadejah El Zahra Aliff Syukri atau lebih mesra dipanggil Qadejah, anak kepada pasangan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rasyid , mencuri tumpuan selepas selebriti veteran, Nur Zarina Mohd Zainuddin atau Zarina Zainuddin, memuji kepandaiannya memasak dan keterampilan yang serba lengkap.

Bukan mudah nak buat Cinnamon Roll yang lembut, manis cukup rasa dan gebu macam di bakery terkenal. Tapi nampaknya, Qadejah berjaya membuktikan bakatnya di dapur sampai Zarina Zainuddin sendiri terpukau!

Isteri kepada Dato Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi video anaknya sedang menyediakan Cinnamon Roll di akaun instagram peribadinya @shahidadherbs, dengan kapsyen penuh pujian,

“Bukan nak puji la tapi memang sedap Cinnamon Roll yang Qadejah buat. Serius sedap. Lambat makan memang tak dapat la. Biasa yang akan menunggu dengan sabar adalah Yusoff dengan Raudah. Mama dapat lah sejemput sikit je. Kalau bab bakery buat kek semua dia menang lah. Mama surrender” katanya.

Caption ini bukan sahaja menunjukkan kepandaian Qadejah dalam memasak, malah memaparkan momen manis keluarga menunggu hasil dapurnya sambil menyelitkan elemen comel yang membuat ramai netizen tersenyum.

Tidak lama selepas itu, Zarina Zainuddin meninggalkan komen yang terus mencuri perhatian:

“cantik, bijak, pandai masak, complete dah ces”

Komen selebriti veteran ini secara tidak langsung memberikan spotlight tambahan kepada Qadejah, menegaskan bahawa bakat masakan Qadejah bukan calang-calang. Dapur rumah pun boleh bersaing dengan bakery terkenal!

Selain daripada pujian selebriti, kalangan netizen juga tidak ketinggalan memberi pujian siap ada yang menginginkan agar Qadejah menjadi ikon parenting 2026.

“Ya Allah, kurniaan Tuhan. Cantik, pandai bergaya & paling penting pandai MASAK. Zaman sekarang genz serai pun tak kenal.

“Kemenjadian anak tu alhamdulillah nampak, tutup aurat, solat, pandai ekonomi rumah, pembersih, boleh jadi ikon parenting 2026 ”

Apa yang lebih menarik, Datin Shahida secara halus mendedahkan siapa “penunggu setia” Cinnamon Roll itu sambil dirinya hanya dapat ‘sejemput’. Moment kecil sebegini ternyata menambah charm video tersebut dan membuatkan ramai pengikut terasa seperti sebahagian daripada keluarga itu sendiri.

Murai cadangkan, bagi peminat baking di luar sana boleh lah try resepi Qadejah ni tau. Semoga menjadi!

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |