“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

5 hours ago 4

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya. “Di Sebalik” merupakan Single kedua yang bakal di muatkan kedalam Album “Featuring Album” kedua MXI.

Lagu “Di Sebalik” merupakan ciptaan sepenuhnya Sam Bunkface dan susunan muzik daripada MXI sendiri. Lagu ini berkonsepkan ketuhanan dimana ia menceritakan tentang seseorang insan yang mahu mengenali atau lebih dekat pada Penciptanya. Penyampaian lagu ini pula berkonsepkan Progesif Rock dimana pengisian dan penyampaian lagu ini sedikit berat seiring dengan mesej yang ingin disampaikan.

Foto – MXI

Pada tahun 2023, kumpulan MXI telah melancarkan album sulung yang berjudul PELUANG. Album PELUANG boleh didapati di dalam bentuk fizikal (CD) dan juga digital di semua platform muzik. Di dalam album PELUANG terdapat 6 lagu, di mana 5 lagu adalah dalam versi Bahasa Melayu dan 1 lagu dalam versi Bahasa Inggeris. Album PELUANG telah dilancarkan di mini showcase “MXI & Friends Showcase (Super Pop Night)” bersama rakan-rakan artis yang lain.

Perancangan Kumpulan MXI yang seterusnya selepas melancarkan album sulung adalah untuk menghasilkan album kolaborasi “featuring”. Konsep album tersebut akan menampilkan artis-artis lain bagi setiap lagu di dalamnya. Idea ini tercetus setelah MXI melihat tiada lagi mana-mana pihak yang telah membuat konsep sebegini. Tahun 2024, MXI telah melancarkan Single pertama untuk Album ini iaitu “Aku Sedang Sedih” bersama teman kolaborasinya Adi Priyo. Single kedua “Di Sebalik” bagi Album ini bersama teman kolaborasinya Sam Bunkface pula dilancarkan pada tahun 2026. Untuk lagu seterusnya yang bakal menyusul dan teman kolaborasinya selepas ini  akan diumumkan kelak.

Untuk makluman, MXI ditubuhkan pada 2022. Fokus utama MXI Adalah menghasilkan dan memainkan lagu-lagu yang ber-genre Pop Rock. Maksud MXI adalah “Mission Not Impossible”, di mana ia adalah slogan yang bermaksud setiap kejayaan tidak mustahil untuk dicapai sekiranya disertakan dengan usaha yang gigih.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |