Pelakon dan usahawan, Shakilla Khoriri memberikan ucapan istimewa buat puteri tunggalnya, Ameena Sofia yang berusia enam tahun itu memperoleh ‘silver prize’ dalam pertandingan piano, baru-baru ini.
Kongsi Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa, menang atau kalah bukan menjadi masalah kerana dia mahu anaknya itu meneroka dan menimba pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.
“Another piano competition for Ameena 🎹✨. Selagi ada peluang dan ruang untuk Ameena join, inshallah Umi akan try for you. Menang atau kalah, bagus atau tak, doesn’t matter sebab Mi nak Ameena explore dan kumpul pengalaman sebab itu yang magal and tak mampu kita nak beli.
Ameena sayang, you still young. Kalah akan bagi kesan positive which is Ameena akan terus usaha. Kalau selalu menang atau ada dekat atas Ameena mungkin akan terlalu selesa.”-kongsi Shakilla di Instagram
“Yang Penting Ameena Akan Jadi Anak Yang Happy..”

Tambah Shakilla, dia akan sentiasa memberikan sokongan terhadap Ameena asalkan anak perempuannya itu menjadi anak yang bahagia selain tidak mempunyai rasa kekurangan dan membesar menjadi anak yang baik.
“Mimi always support you. Yang penting Ameena akan jadi anak yang happy. Yang tak rasa ada kekurangan dan membesar jadi anak yang baik, disenangi dan disayangi ramai orang.
Semoga Ameena jadi contoh yang baik pada orang lain dan bukan menjadi pesaing negative pada mana-mana orang. Inshallaah. Mimi so proud of you Ameena.”-titip Shakilla lagi
Sekadar info, Ameena Sofia merupakan hasil perkongsian Shakilla bersama penyampai radio, Fizi Ali yang berkahwin pada 18 Januari 2018 sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada Disember 2021.

5 hours ago
6


![[VIDEO] Hantar Anak Ke Rumah Yatim Selama 3 Hari, Johan Perjelas Sebabnya- “Hukuman Untuk Diri Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/4-13.webp)




![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)
![[VIDEO] Solo Ambush Jatuh, Reaksi Orang Sekeliling Ini Yang Buat Ramai Kecewa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-23-at-12.06.43.jpeg)




![[VIDEO] Kunjungan Tengku Permaisuri Selangor Ke Booth Kunyahan Curi Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-9.png)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)



















![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)
![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)













