Berita baik untuk golongan bujang di Malaysia!
Untuk tahun hadapan, kerajaan memperkenalkan Bantuan Tambahan sepanjang tahun 2026 bagi membantu golongan bujang dalam menghadapi kos sara hidup.
Berdasarkan kelayakan penerima, Bantuan Tambahan untuk Kategori Bujang akan diberikan pada kadar bermula RM600 sehingga RM1,200 setahun.
Jumlah Bantuan Tambahan
Untuk makluman kamu, pihak kerajaan akan memberikan Bantuan Tambahan berdasarkan kelayakan penerima seperti:
- Bujang pendapatan sehingga RM2,500: RM600 setahun (RM50 bagi setiap bulan)
- Bujang pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK): RM1200 setahun (RM100 bagi setiap bulan)
Syarat Kelayakan Penerima
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tambahan:
- Warganegara Malaysia
- Status bujang belum berkahwin, balu kematian pasangan atau cerai tiada anak
- Had umur: 21-59 tahun (penerima biasa) dan 19-59 tahun (penerima OKU)
- Kadar pendapatan tidak melebihi RM2500 atau bawah garis kemiskinan (PGK) semasa dan berdaftar bawah e-Kasih
- Status lulus bagi permohonan STR 2026
Cara Mohon
- Layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik “Permohonan Baru”
- Masukkan nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan dan “Semak”
- Isi maklumat yang diperlukan dengan betul
- Kemudian hantar borong permohonan dan selesai
Semakan Kelayakan
Terdapat dua laman web yang boleh diakses untuk semakan kelayakan. Yang pertama adalah menerusi laman web MyKasih:
- Layari web rasmi MyKasih [https://mykasih.com.my/]
- Klik “Semak Kelayakan”
- Masukkan nombor Kad Pengenalan dengan betul
- Klik “Semakan Status” dan status kelayakan akan dipaparkan
Yang kedua adalah melalui laman web MySTR:
- Layari web rasmi MySTR [https://bantuantunai.hasil.gov.my/]
- Klik “Log Masuk”
- Masukkan nombor Kad Pengenalan dengan betul
- Masukkan “Kata Laluan” yang betul dan “Log Masuk”
- Klik “Semakan Permohonan” dan status kelayakan akan dipaparkan
Untuk maklumat tambahan atau pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Tambahan RM600 bagi kategori bujang, kamu boleh layari laman web [https://mykasih.com.my/contact-us/] untuk hubungi pihak berkenaan.

1 week ago
37



![[VIDEO] Respons Cucu Melawat Kubur Nenek Buat Ramai Terhibur- “Ni Pocong La Sebenarnya”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/8-2.jpg)






![[VIDEO] Lelaki ‘Serang’ Ariana Grande Dihalau Dari Konsert Lady Gaga- “Saya Diusir Sebelum Show”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/7-2.jpg)




![[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas ‘Smartphone’-“Mama Ni Scammer Ke?..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/d0cd4754-71f3-4971-ad31-f9b8bd3799f5.jpg)



![[VIDEO] Foto ‘Pre-Wedding’ Erra Fazira & Mr E Curi Perhatian Peminat-“Mereka Layak Bahagia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/369ee4ae-935d-4824-8c79-dd3fee6c2773.jpg)


















![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)


![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)




![[VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-35.jpg)


