Grab Disalah Anggap Sebagai ‘Ambulans Tidak Rasmi’?

6 hours ago 8

Satu perkongsian tular di Reddit baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang pengguna mendakwa perkhidmatan e-hailing gagal membantu dalam situasi kecemasan perubatan.

Insiden yang berlaku pada awal pagi semalam bukan sahaja menimbulkan kekecewaan terhadap perkhidmatan Grab, malah membuka semula perdebatan lama tentang kefahaman awam terhadap fungsi sebenar e-hailing.

Posting tersebut pantas mengundang reaksi pelbagai pihak, dengan sebahagian menyuarakan simpati, manakala selebihnya mempertikaikan keputusan menggunakan Grab ketika berdepan kecemasan serius.

Kecemasan Awal Pagi & Keputusan Saat Panik

Menurut perkongsian berkenaan, kejadian berlaku sekitar jam 2:40 pagi apabila suami kepada individu tersebut mengalami sakit perut yang teruk secara tiba-tiba.

Dalam keadaan cemas, mereka memilih untuk menempah Grab bagi mendapatkan rawatan segera di hospital.

via Reddit /@mochamocha9988

Bagaimanapun, tempahan pertama yang diterima pemandu tidak menunjukkan sebarang pergerakan dalam tempoh lama. Mesej tidak berbalas, panggilan telefon juga tidak dijawab. Situasi sama berulang apabila tempahan kedua dibuat, sekali gus meningkatkan tahap kebimbangan pasangan berkenaan.

Akhirnya, mereka terpaksa menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan perubatan, sekali gus menamatkan episod yang disifatkan sebagai mengecewakan dan meletihkan secara emosi.

Grab Ambulance
byu/mochamocha9988 inmalaysia

‘Terima Tapi Tidak Bergerak’: Aduan Lama Yang Berulang

Antara isu paling banyak diperkatakan ialah dakwaan pemandu menerima tempahan namun sengaja tidak bergerak, dipercayai bagi menggalakkan pembatalan oleh penumpang.

Fenomena ini bukan kali pertama dibangkitkan dan sering menjadi rungutan pengguna e-hailing, terutamanya pada waktu puncak atau lewat malam.

Insiden tersebut dlihat bukan sekadar kes terpencil, sebaliknya mencerminkan kelemahan sistem pemantauan yang masih dipersoalkan. Desakan agar platform e-hailing memperketat mekansime kawalan pemandu kembali menjadi topik perbincangan

Grab Bukan Ambulans: Salah Faham Fungsi E-Hailing

Namun begitu, sebahagian warganet berpandangan isu sebenar bukan terletak pada Grab semata-mata, tetapi pada keputusan pengguna itu sendiri.

Mereka menegaskan bahawa perkhidmatan e-hailing tidak seharusnya digunakan dalam situasi kecemasan perubatan kerana pemandu bukan terlatih untuk mengendalikan kes kritikal.

via Reddit /@jcdish
via Reddit /@Electronic-Contact15
via Reddit /@SeiekiSakyubasu

Pandangan ini mengangkat persoalan lebih besar. Sejauh mana kefahaman masyarakat tentang prosedur kecemasan? Dalam keadaan panik, ramai memilih jalan yang dirasakan paling pantas tanpa mempertimbangkan risiko atau kesesuaian perkhidmatan yang digunakan.

Panik, Persepsi & Realiti Sistem Kesihatan

Hakikatnya, keputusan menggunakan Grab dalam situasi sebegini sering dipengaruhi beberapa faktor iaitu kebimbangan ambulans lambat tiba, kekhuatiran mengenai kos, atau kurang pendedahan mengenai perkhidmatan kecemasan sedia ada.

Dalam detik cemas, logik sering ditewaskan oleh naluri untuk bertindak segera.

Isyarat Jelas Buat Semua Pihak

Kepada pengguna, penting untuk memahami saluran bantuan yang betul ketika kecemasan perubatan. Kepada penyedia perkhidmatan e-hailing pula, isu pemandu ‘idle’ selepas menerima tempahan perlu ditangani secara serius demi menjaga kepercayaan pengguna.

Dalam dunia serba pantas hari ini, kejelasan fungsi dan tindakan pantas yang betul boleh menjadi pembeza antara keselamatan dan risiko. Isunya bukan sekadar siapa salah, tetapi apa yang boleh diperbaiki dan itu yang wajar diberi perhatian.

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |