Dua jenama kebanggaan Malaysia, Hock Kee Kopitiam dan D.MasKing oleh DSR Taiko Berhad telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU). Kerjasama ini menyatukan durian Musang King, iaitu Raja Segala Buah, dengan hidangan klasik kopitiam.
Hock Kee kini memperkenalkan pengalaman baharu ‘dari dusun ke kopitiam’, dengan membawa Musang King premium terus ke meja pelanggan. Inisiatif ini meraikan budaya tempatan dengan menggabungkan durian berkualiti tinggi bersama resipi kegemaran ramai.
Foto – Hock Kee KopitiamPenyatuan Warisan dan Rasa
Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, rangkaian eksklusif menu durian bakal ditawarkan di cawangan terpilih Hock Kee Kopitiam, seperti:
Foto – Hock Kee Kopitiam- Roti Bakar dengan Kaya Durian & Mentega
- Kopi Durian & Teh Tarik Durian
- Aiskrim Durian dengan 3 variasi (soft serve, gelato & aiskrim batang)
- Coklat Gelap Durian & Kerepek Durian
Tiga variasi aiskrim boleh dinikmati di premis atau dibawa pulang. Manakala produk seperti kaya durian, coklat durian, kerepek durian, kopi putih durian dan teh susu durian tersedia di cawangan-cawangan terpilih Hock Kee Kopitiam.
Dari Dusun ke Meja Kopitiam
Bagi memastikan kualiti dan ketulenan, DSR mengaplikasikan sistem proprietari Musang King Integrated Traceability System (MKITS)®. Sistem ini membolehkan setiap durian dijejaki sepenuhnya dari dusun hingga ke tangan pengguna.
Foto – Hock Kee KopitiamIni diperkukuh lagi dengan Standard of Quality (SOQ) yang ketat merangkumi penggredan, pengendalian dan integriti produk. Hock Kee Kopitiam turut bersetuju bahawa kerjasama ini serasi dengan falsafah teras jenamanya, yang menghargai tradisi sambil meraikan inovasi, serta menjiwai semangat Muhibbah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook dan laman web rasmi Hock Kee.

1 day ago
9











![[VIDEO] Betty Banafe Kongsi Keadaan Anak Lelaki Yang Depresi Atas Hasutan Bekas Suami, Netizen Pilu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/1647df66-245b-4031-b9e8-b09511ba5545.webp)




























![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)








