Intan Najuwa Tunai Janji Bawa Keluarga Pembantu Rumah Filipina Rai Krismas Di Kuala Lumpur

6 hours ago 6

Pelakon, Intan Najuwa meluahkan rasa terharu apabila dapat menunaikan janjinya untuk membawa keluarga pembantu rumahnya yang berasal daripada Filipina itu ke Kuala Lumpur untuk meraikan sambutan Hari Krismas.

Tunai Janji Bawa Keluarga Pembantu Rumah Ke KL Untuk Rai Krismas Bersama

Kongsi Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid menerusi hantaran di Instagram, mengakui merasa gembira dapat melihat pembantu rumahnya, Jussele dapat bersatu kembali bersama anak perempuan dan keluarganya yang lain untuk meraikan Krismas bersama.

Malah, Intan turut memuatnaik foto yang memaparkan pembantu rumahnya itu sedang menikmati hidangan bersama anak perempuannya di kediaman mereka yang telah tiba di Kuala Lumpur.

“Sangat gembira mereka akhirnya bersatu semula. Saya berjanji dengannya bahawa tahun ini saya akan terbangkan keluarganya ke KL,

dan sekarang saya dapat membawa anak perempuan dan keluarga Jussele dari Filipina agar mereka dapat meraikan Krismas bersama-sama. Enjoy the holiday season, Jussele & family!.”-kongsi Intan di Instagram

Pembantu Rumah Jaga Imane Lunara Penuh Kasih Sayang

Tambah Intan, dia menyifatkan Jussele sebagai rezeki terbesarnya kerana telah menjaga anak perempuannya, Imane Lunara dengan penuh kasih sayang.

“Jussele adalah benar-benar rezeki terbesar, dia menjaga Lunara dengan penuh kasih sayang, dan saya selamanya bersyukur untuknya.-tambahnya lagi

Sekadar info, Intan Najuwa dan Ahmad Asraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 dalam sebuah majlis yang diadakan di One And Only Desaru Coast, Johor.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara yang dilahirkan pada 15 Disember 2024.

Mempunyai pembantu rumah yang baik itu adalah satu rezeki, lebih-lebih lagi menjaga anak majikannya dengan baik serta penuh kasih sayang. Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |