Iqbal Zulkefli Mahu Ubah Penampilan DSV Jika Mereka Berbaik?-“Perkara Pertama Saya Mahu Buat Adalah…”

5 hours ago 3

Usahawan sensasi dan bekas pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Iqbal Zulkefli meluahkan hasratnya yang mahu mengembalikan penampilan lama DSV ketika di masih menjadi pembantu peribadi dahulu jika dia kembali berbaik dengan DSV.

Iqbal menerusi hantaran di Thread, menyatakan bahawa dia turut mahu membuang bulu mata palsu DSV selain mahu dia kembali dengan pakaian yang lebih ringkas dan minimal.

“Kalau saya dengan Dato Seri Vida berbaik kembali, perkara pertama saya mahu buat adalah buang bulu mata dia. Saya tengok macam 3 inci juga masa di rumah Dato Aliff hari tu.

Kedua, saya nak kembalikan penampilan macam zaman saya sebagai P.A dulu; pakaian lebih ringkas, minimal dan hanya dua tone sahaja maksimum. Setuju?.”-kongsi Iqbal di Thread

Penampilan Minimal Kelihatan Mewah

Tidak bermaksud untuk menghilangkan identiti asal DSV, Iqbal menjelaskan bahawa dia menyifatkan penampilan yang minimal dengan menggunakan dua tona warna sudah cukup kelihatan mewah.

“Bukan menghilangkan identiti asal beliau, cuma penampilan lebih minimal. Ini contoh untuk majlis grand, dua tone warna sudah cukup mewah kan? Beg tangan tu hadiah dari saya, kalau tak silap saya beli sekitar RM40,000.”-tambah Iqbal

Perkongsian Iqbal dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ada yang berpendapat penampilan DSV yang kelihatan ‘over’ membuatkannya kelihatan tidak cantik.

“Aku sokong, DSV cantik sebenarnya tapi penampilan dia over sangat yang buatkan dia nampak tak cantik. Sebab tu orang putih kata less is more.”

“Setuju, penampilan DSV waktu di bawah jagaan Iqbal lebih classy dan tak try hard.”

“DSV ni better mekap light sebab dia dah cantik. No heavy makeup. Semoga berjodohan. Nampak serasi.”

“Yes..pemakaian dia yg sarat buat dia nampak lagi tua dari usia..Pernah tengok dia live di rumah berbaju kelawar tanpa make up, dia cantik sgt nampak classy..pakai sarat² buat dia nampak bulky.”

Terdahulu nama Iqbal dan DSV menjadi bualan ramai selepas kedua-duanya merancang untuk berkahwin, namun hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |