Sekarang memang musim durian tapi pesan Murai, makan biar berpada-pada.
Baru-baru ini ahli Nico G, kumpulan hip hop yang popular pada tahun 90-an, Dino telah diserang angin ahmar atau strok. Dino atau nama sebenarnya, Mohd Shah Rosli, memberitahu insiden itu berlaku pada tiga minggu yang lalu dan menyebabkan bahagian kanan badannya tidak boleh bergerak seperti biasa.
Memetik kenyataan Dino daripada Berita Harian, ahli kumpulan Nico G itu mendedahkan strok tersebut berlaku disebabkan oleh pemakanan tidak dikawal dan merokok secara berlebihan.
Foto – Nico G (FB)“Saya suka durian dan setiap kali tiba musim, saya mesti makan. Sehari sebelum kejadian (diserang strok), saya makan tujuh biji durian kampung. Esok paginya terus jadi macam ini. Saya juga merokok sejak usia muda. Jadi itu mungkin menyumbang kepada masalah kesihatan saya.”
Foto – Nico G (FB)Sekadar info, pengambilan durian dalam jumlah yang banyak dan tidak terkawal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan termasuklah peningkatan berat badan, masalah pencernaan, peningkatan gula darah, rasa panas dalam badan hingga mabuk durian.
Foto – Nico G (FB)Dino juga mendedahkan pada awalnya pergerakan menjadi terbatas dan percakapan tidak berapa jelas dan susah untuk orang faham. Tetapi berkat kesabaran dan usaha, kesihatannya kini semakin pulih.
“Ketika awal serangan strok, saya tak boleh bergerak sangat. Hendak bercakap pun tidak jelas. Tetapi hari ke hari saya cuba lawan dan usaha, akhirnya semakin baik daripada sebelum. Saya kena selalu ambil ubat cairkan darah supaya tiada kolestrol yang tersumbat.”
Dino yang kini bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah terpaksa mengambil cuti sakit berikutan masalah kesihatan.
“Buat masa ini, majikan beri saya cuti sehingga pulih. Sebelum ini majikan bantu saya dengan sumbangan RM500. Tetapi selepas sebulan, saya sudah tiada pendapatan.”
Team Murai doakan supaya Dino kembali sihat seperti sedia kala!

2 months ago
59


![[VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_7637.jpg)

![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)

![[VIDEO] Kacak & Cik B Pertama Kali Buat Kejutan Sambut Birthday Dato Seri Vida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_2022.jpeg)
![[VIDEO] Kereta Amira Othman Raih Perhatian Netizen-“No Plat Tu Lagi Mahal”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-25.jpg)
![[VIDEO] Aliff Syukri Ingin Bersanding Lagi Selepas Pulang Dari ‘Wedding’ Fattah & Amira](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-26.jpg)








![[VIDEO] Telatah Afwa Menyanyi Lagu Baru Siti Nurhaliza Buatkan Ramai Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-24.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Akui Harus Belajar Untuk ‘Melepaskan’, Cetus Rasa Sebak Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Alhamdulillah-syukur-…selesai-sudah-majlis-pertunangan-Ammar-Auni-💍Dari-dua-hati-yang-berjanj-e1761541005337.jpg)












![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)


![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)



![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)

