Fenomena generasi millenial yang tidak mengaku usia sebenar kembali menjadi bualan hangat di media sosial.
Seorang TikToker, Helen McPherson, mendedahkan pengalamannya lidah-terkelu apabila dilayan mengikut usia sebenar, bukan usia yang dia rasa dalam kepala.
Dalam perkongsiannya menerusi TikToK, McPherson mengaku masih ‘vibing’ seperti usia-20-an, namun reaksi orang sekeliling membuatkan dirinya tersedar bahawa usia sebenarnya sudah lama berlalu.
Walaupun kurang berpuas hati dengan perubahan fizikalnya ketika meningkat usia, itu adalah perkara biasa. Apa yang dialami oleh McPherson jelas menyentuh sisi psikologi millenial yang kini memasuki usia 30-an dan 40-an.
@helsmcpDo you have millennial age dysmorphia? Do you feel like your exempt from aging process? Everyone else is aging but you arnt? That you look younger than you actually are? Do you identify as the age on your documents? You might have it too. #millennials #gettingolder #aging #agingbackwards
♬ original sound – Helen McPherson
Apa Sebenarnya ‘Millenial Age Dysmorphia?’
Istilah dysmorphia selalunya merujuk kepada body dysmorphic disorder iaitu obsesi terhadap kekurangan fizikal yang sebenarnya tidak ketara.
Namun, istilah age dysmorphia mula menular secara dalam talian apabila ramai millenial mula berkongsi bahawa mereka langsung tidak berasa seperti usia sebenar.
Antara teori paling kerap diperkatakan adalah kegagalan mencapai ‘milestone dewasa’ yang selama ini ditanam oleh masyarakat iaitu kerjaya stabil, rumah sendiri, berkahwin, atau memiliki anak.
Kegagalan mencapai jangkaan itu menjadikan ramai generasi ini terasa ‘tergantung’ antara fasa dewasa dan remaja, hingga muncul rasa seakan masih muda walaupun angka sudah meningkat.
McPherson sendiri mengakui dia seolah-olah “tidak memproses’ hakikat usianya.
“Saya tak identifikasi dengan umur dalam dokumen saya. Saya selalu rasa orang lain akan tua, tapi saya takkan.” katanya.
Gurauan mengenai simptom perimenopaus tidak lagi membuat sesiapa terkejut, dan tiada siapa menyangka dia ibu muda ketika menghantar anak ke sekolah. Lebih ‘sakit’, majoriti pengguna TikTok menganggapnya sebagai seorang wanita berusia 50-an.
“I’m a literal baby!” kata.
Ramai Millenial Rupanya Senada, Seirama
Di ruangan komen, pelbagai pengalaman serupa membanjiri videonya.
“Dalam kepala saya masih 25. Saya masih binge Gossip Girl, cuma bezanya sekarang saya lebih tua daripada watak parants dalam drama tu.”
“Kita masih main-main dalam temph 10 tahun. Sebab tu kita tak boleh cope bila cecah umur 40.”

Ada juga yang memberi sudut pandangan yang lebih realistik iaitu tekanan ekonomi.
“Kita rasa macam tu sebab kita tiada duit ketuka meningkat dewasa. ”
“Ini kerana kita masih lagi hidup macam baru habis belajar. Tak mampu untuk beli rumah dan ada anak.”

Dengan kos sara hidup makin meningkat, kerjaya tak menjamin pemilikna rumah dan persaraan terasa jauh. Ramai millenial berasa mereka tidak cukup dewasa untuk menerima hakikat umur sebenar mereka.

3 days ago
24


![[VIDEO] Hantar Anak Ke Rumah Yatim Selama 3 Hari, Johan Perjelas Sebabnya- “Hukuman Untuk Diri Dia”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/4-13.webp)





![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)
![[VIDEO] Solo Ambush Jatuh, Reaksi Orang Sekeliling Ini Yang Buat Ramai Kecewa](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-23-at-12.06.43.jpeg)




![[VIDEO] Kunjungan Tengku Permaisuri Selangor Ke Booth Kunyahan Curi Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-9.png)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)


















![[VIDEO] MARITIM MALAYSIA Jelaskan Kenapa Rumah Atas Laut Isarb Ditahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/540770577_1273593738142062_1033622294631970058_n.jpg)
![[VIDEO] Aksi Noor Kartini Peluk Jefri Nichol Tuai Kecaman- “Dah Terbiasa Life Bebas”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/3.jpg)













