Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri menerima sambutan ulang tahun kelahiran yang cukup bermakna apabila diraikan dalam suasana mesra dan penuh gelak tawa bersama rakan-rakan Ahli Parlimen di sebuah pejabat dalam bangunan Parlimen semalam. Sambutan itu bukan sahaja meriah, malah disifatkan lebih istimewa buat Nancy apabila dia menyatakan menerima satu ‘hadiah hari jadi’ paling bermakna iaitu mengetahui rahsia ‘BASS’.

Menerusi satu hantaran video di TikTok miliknya, Nancy dilihat tersenyum manis dikelilingi oleh figura-figura politik yang cukup dikenali termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. “Alhamdulillah, istimewa betul kali ini sambut dengan mereka yang menjadi teman dalam setiap langkah ini,” tulis Nancy dalam kapsyen videonya.
Namun, apa yang mencuri perhatian ramai bukan sekadar suasana sambutan itu, sebaliknya satu kapsyen pendek di hujung video yang menimbulkan tanda tanya ramai. “Hadiah hari jadi hari ini, dapat tahu rahsia BASS,” tulisnya, tanpa memberikan sebarang penjelasan lanjut. Meskipun ringkas, kapsyen itu menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan netizen, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘rahsia BASS’? Adakah ia melibatkan hal dalam pentadbiran, parti, atau mungkin sesuatu yang lebih peribadi?

Dalam suasana yang semakin hangat dengan spekulasi itu, Syed Saddiq turut memuat naik sebuah hantaran menyentuh hati di Instagram bagi meraikan wanita yang disifatkannya sebagai mentor ketika awal pembabitannya dalam dunia politik. “Ianya satu penghormatan untuk berkhidmat dengan anda. Saya masih berada di universiti dan kamu beri saya peluang. Sesetengah kenangan memang tak dapat dilupakan dan bekerja dengan anda adalah salah satunya,” tulisnya dengan penuh penghargaan.
Menambah kehangatan suasana, dalam video yang dikongsikan Nancy, Syed Saddiq dilihat membisikkan sesuatu di telinga beliau, yang kemudiannya disambut dengan gelak ketawa para tetamu yang hadir. Detik itu secara tidak langsung menjadi klip yang tular, apatah lagi dengan kewujudan elemen ‘rahsia’ yang disebut dalam kapsyen, mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.

Adakah ‘rahsia BASS’ yang dimaksudkan itu turut melibatkan perbualan bisik-bisik Saddiq kepada Nancy? Atau sekadar gurauan politik dalaman yang tidak sampai ke pengetahuan umum? Buat masa ini, tiada penjelasan rasmi diberikan, namun netizen pantas menyatakan minat untuk mengetahui lanjut, malah ada yang berseloroh mahu mengupah jurubaca bibir bagi mengesan apa yang dibisikkan.

Apa pun rahsia di sebalik ‘BASS’, sambutan ulang tahun Datuk Seri Nancy kali ini jelas sekali bukan sahaja istimewa buat dirinya, malah turut meninggalkan tanda tanya yang mungkin akan menjadi topik bualan politik untuk beberapa ketika.

2 months ago
94


![[VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_7637.jpg)

![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)

![[VIDEO] Kacak & Cik B Pertama Kali Buat Kejutan Sambut Birthday Dato Seri Vida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_2022.jpeg)
![[VIDEO] Kereta Amira Othman Raih Perhatian Netizen-“No Plat Tu Lagi Mahal”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-25.jpg)
![[VIDEO] Aliff Syukri Ingin Bersanding Lagi Selepas Pulang Dari ‘Wedding’ Fattah & Amira](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-26.jpg)








![[VIDEO] Telatah Afwa Menyanyi Lagu Baru Siti Nurhaliza Buatkan Ramai Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-24.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Akui Harus Belajar Untuk ‘Melepaskan’, Cetus Rasa Sebak Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Alhamdulillah-syukur-…selesai-sudah-majlis-pertunangan-Ammar-Auni-💍Dari-dua-hati-yang-berjanj-e1761541005337.jpg)












![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)


![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)



![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)

