Penyanyi dan pelakon, Betty Banafe meluahkan rasa kesal terhadap keadaan anak lelakinya, Bruce Dean Dargus yang mengalami gangguan emosi dan depresi setiap kali kembali daripada rumah atuk dan nenek mereka serta bekas suaminya, Dargus.
Betty atau nama penuhnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, turut memaparkan keadaan Bruce Dean yang mengalami gangguan emosi disebabkan hasutan bekas suami untuk membenci ibunya itu.
“Perkara begini sudah berulang kali berlaku. Report polis atas hasutan dan mental health anak sudah berkali kali. Aduan ke mahkamah juga sudah di buat. Kami turun naik hospital untuk bertemu dengan doktor psikologi dan psychiatrist di hospital KL pon dah berkali kali untuk julia dan Dean. Anak anak ni mengalami gangguan emosi dan depresi yang teruk.
Setiap kali pulang dari rumah atok nenek juga ketika bertemu bapanya ataupun bertelepon bapanya pasti jadi rosak ketenangan mereka untuk hidup normal seperti kanak kanak lain. Phone itu bapa dia beli Xiaomi .
Tu lah bila kasi phone mesti I rasa sedih , seperti simpan musuh dalam rumah. jadi mata-mata bapa dia. Hantar information tentang saya..Lepas tu nanti I terima saman syariah dari bapanya.”-kongsi Betty di Instagram
“Kesian Anak Jadi Mangsa..”
Di ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti meluahka rasa pilu melihat keadaan anak Betty, malah ramai yang menitipkan doa agar anak-anaknya itu bakal melalui hari-hari yang tenang semula.
“Kesian anak jadi mangsa, MasyaAllah ni lah kalau mak/bapa mentua pun sama naik. Patutnya bagi nasihat ni diorang yang lebih. As for ex pun be profesional lah. Be mature, kesian anak-anak nak hasut sampai benci mak sendiri. Walau macam mana nak dipisahkan dia tetap mak kepada anak-anak. Semoga dipermudahkan urusan you & anak-anak beb.”-Didie Alias
“Allah, kesian Betty. Paham, Betty kuat semoga anak akan faham, InsyaAllah, semoga dapat pujuk, dapat borak.”-Sharifah Shahirah
“Bettt. Ya Allah Dino ni kesian dia lah 😌.”-Zahida Rafik
“Kesian anak jadi mangsa 😢 Stay strong Betty. Dihasut sampai anak benci his own mom.”-Catriona Ross
“Allahu macam dah kena brainwash budak tu sampai nk bagitau court nak buh mak dalam jail astaghfirullah, lindungilah anak-anak ini dari orang-orang yang berniat jahat memecah belahkan kasih sayang mak dan anak…”
Sekadar info, Betty pernah mendirikan rumah tangga dengan Dargus pada 8 Disember 2012 sebelum sah bercerai pada Julai 2019.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.

1 day ago
10








































![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)








