Ibu kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang juga usahawan terkenal berkongsi detik cemas apabila suaminya, Aidi Amin Ahmad terpaksa dikejarkan ke salah sebuah pusat perubatan di China kerana mengalami sesak nafas kerana masalah jantung.
Bonda Rozita Ibrahim menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, menceritakan bahawa suaminya secara tiba-tiba berdiam diri sebelum meminta isterinya itu untuk memanggil bantuan ambulans di sana.
“Kami selalu berbual-bual ada saja disembangkan. Tiba-tiba suami senyap, saya pun diam pandang wajahnya, kami terhenti 3 minit. Kemudian dia bersuara, ‘Sayang, panggil ambulans sekarang’.
Saya panik, jam 4,12 pagi, sini dah siang sangat cepat, kami 8 orang semuanya. Tanpa rekod perubatan yang jelas, suami buat MRI.”-kongsi Bonda Rozita di Instagram
Masalah Jantung Sejak 1 Tahun Lalu

Tambah Bonda Rozita, suaminya itu mempunyai masalah jantung sejak setahun yang lalu dan tidak mengambil sebarang ubat hospital selama hampir lapan bulan.
Malah, suaminya itu turut terlupa untuk membawa salah satu ubat untuk mencairkan darah ketika mereka berada di sana.
“Suami saya ada masalah jantung setahun lepas, dan dah tak makan ubat hospital hampir 8 bulan. Dia lupa bawa minyak cair darah, dia dah tak makan supplemen tu 10 hari lepas (tak suka katanya, rasanya tak sedap mual).
Sini dia hari-hari makan kambing sebab sedap. Dia rasa mencucuk dada, pening kepala, kebas tangan, tak boleh gerakkan tangan dan sesak susah bernafas.”-kongsi Bonda lagi
Netizen Titip Pesanan & Doa
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar suami Bonda diberikan kesembuhan, malah ramai yang memberikan pesanan agar sentiasa peka untuk mengambil ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak hospital.
“Aduh pernah kena macam ni, memang ada masalah jantung sebab darah pekat. InsyaAllah lepas makan ubat, okay.”
“Semoga dipermudahkan urusan Bonda kat sana Aamin.”
“Allahuakbar, mengapa suka-suka skip ubat jantung. Harap-harap lepas ni bonda kena peka dan ingatkan suami sudah makan ubat-ubatan yang dibekalkan hospital. Smoga dipermudahkan segala urusan dan dapat kembali ke Malaysia secepat mungkin.”
“Bahaya tak makan ubat cair darah tu, boleh kena serangan jantung atau strok.”
“Ubat cair darah kena sentiasa bawa ke mana-mana. Kenapa tak makan ubat hospital.”
Sama-sama kita doakan agar suami kepada Bonda diberikan kesembuhan..Apa komen anda?

2 months ago
65


![[VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_7637.jpg)

![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)

![[VIDEO] Kacak & Cik B Pertama Kali Buat Kejutan Sambut Birthday Dato Seri Vida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_2022.jpeg)
![[VIDEO] Kereta Amira Othman Raih Perhatian Netizen-“No Plat Tu Lagi Mahal”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-25.jpg)
![[VIDEO] Aliff Syukri Ingin Bersanding Lagi Selepas Pulang Dari ‘Wedding’ Fattah & Amira](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-26.jpg)








![[VIDEO] Telatah Afwa Menyanyi Lagu Baru Siti Nurhaliza Buatkan Ramai Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-24.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Akui Harus Belajar Untuk ‘Melepaskan’, Cetus Rasa Sebak Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Alhamdulillah-syukur-…selesai-sudah-majlis-pertunangan-Ammar-Auni-💍Dari-dua-hati-yang-berjanj-e1761541005337.jpg)












![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)


![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)



![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)

