Nama penyanyi dan usahawan terkenal Mizz Nina kembali menjadi bualan hangat warganet, namun kali ini bukan kerana perkembangan kerjaya seni atau bisnesnya. Sebaliknya, perhatian ramai terarah kepada bapanya, Tan Sri Azman Hashim, tokoh korporat yang dikenali sebagai Pengerusi Kumpulan AmBank.
Perkongsian seorang pengguna di Threads mencuri perhatian apabila dia memuat naik keratan daripada Forbes yang mendedahkan anggaran kekayaan beliau sekitar RM4.7 bilion. Malah, beliau juga pernah tersenarai sebagai antara 50 individu terkaya di Malaysia.
VIA ForbesApa yang mencuit hati, pengguna tersebut turut berkongsi kiraan santai yang buat ramai tersenyum:
“Kaya betul ayah Mizz Nina. 4.7 billion net worth. Tu kalau withdraw 1 juta sebulan pun, 400 tahun baru habis tapi tak heran la they gain income legally and declared. Yang jenis tiba-tiba ada 11 biji sports car tu huhhh.”
Kenyataan itu pantas mengundang pelbagai reaksi. Selain kagum dengan jumlah kekayaan tersebut, ramai juga memuji sikap keluarga ini yang dilihat sangat merendah diri walaupun berada di kedudukan tinggi.
“And their family is very humble tau..” tulis seorang netizen ringkas, tapi cukup menggambarkan pandangan ramai.
VIA THREADSDalam masa sama, ada juga yang mengaitkan kekayaan tersebut dengan amalan kebajikan keluarga ini. Antara yang sering disebut ialah peranan Yayasan Azman Hashim yang aktif menyediakan biasiswa kepada pelajar.
“Murah rezeki dia sebab ada yayasan kasi scholarship,” komen seorang pengguna.
Tidak kurang juga yang berkongsi info tentang sumbangan besar Tan Sri Azman kepada institusi pendidikan tempatan, termasuk pembinaan kemudahan seperti stadium, dewan dan fakulti di universiti awam.
“Banyak sumbangan dia dekat uni awam. Ada dewan Azman, stadium Azman, fakulti bisnes Azman dekat UTM.”
VIA THREADSPerkongsian ini jelas menunjukkan bahawa di mata warganet, kekayaan semata-mata bukan ukuran utama. Sebaliknya, sikap rendah diri serta sumbangan kepada masyarakat menjadi faktor yang lebih dihargai.
Dalam dunia media sosial yang sering dipenuhi kisah kekayaan mencetus kontroversi, cerita seperti ini dilihat lebih ‘rare’, kaya, tapi tetap humble.

1 day ago
10












![[VIDEO] Betty Banafe Kongsi Keadaan Anak Lelaki Yang Depresi Atas Hasutan Bekas Suami, Netizen Pilu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/1647df66-245b-4031-b9e8-b09511ba5545.webp)



























![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)








