Pelakon dan pengarah, Yana Samsudin, tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung siasatan kes kematian tragik pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, yang kini menjadi perhatian ramai selepas muncul pelbagai ‘plot twist’ di media sosial.
Menurut Yana, isu penyebaran kandungan yang kononnya daripada ‘diari’ milik arwah adalah perkara serius yang perlu disiasat dari punca sebenar. Apa yang dianggap bukti dalam siasatan kini tersebar meluas hingga mengaitkan hubungan tegang antara arwah dan ibunya sendiri. Sesuatu yang boleh mencemar imej si mati dan melukakan hati keluarga.

“Senang aja, cari siapa yang post memula ‘konon’ diari arwah kata tak sayang ibu dia tu kan, pastu siasat lah dapat sumber dari mana. Kalau fitnah, saman je orang yang memula post,” tulis Yana tegas.
Kenyataan itu dilihat sebagai seruan kepada pihak berkuasa agar tidak terlalu fokus pada naratif yang berlegar, sebaliknya menjejaki siapa individu pertama yang menyebarkan kandungan sensitif itu.

Dalam perkembangan berkaitan, dua peguam yang mewakili ibu arwah, Noraidah Lamat, turut mempersoalkan bagaimana kandungan yang sepatutnya berada dalam simpanan polis boleh tersebar ke tangan awam.
Mereka percaya, jika benar kertas itu merupakan barangan peribadi Zara yang diambil oleh polis dari lokernya di asrama, ini bermakna kandungan fail siasatan telah dibocorkan, sekali gus membuka ruang kepada pembentukan naratif negatif terhadap arwah dan ibunya.
Noraidah sendiri tidak menuntut kemenangan, sebaliknya hanya mahu keadilan buat anaknya. Semua barangan peribadi milik Zara telah pun diserahkan kepada pihak polis seperti yang diminta.
Pandangan Yana ini dilihat rasional dan membina, malah sepatutnya diambil serius. Dalam kes berprofil tinggi seperti ini, setiap penyebaran maklumat perlu disaring dengan penuh tanggungjawab, apatah lagi jika melibatkan emosi keluarga dan imej si mati.
Dalam perkembangan berkaitan, dua peguam mewakili ibu arwah Zara, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, tampil dengan kenyataan yang lebih serius, mereka berharap agar pihak polis melaksanakan penggalian semula kubur arwah bagi menentukan punca sebenar kematian.

2 months ago
69


![[VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/img_7637.jpg)

![[VIDEO] Cik Lan Terjatuh Ketika ‘Perform’ Di Hadapan DSV & Kacak, Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/58eca1d6-3dfd-41da-8b6f-1b4d3275f4c1.jpg)

![[VIDEO] Kacak & Cik B Pertama Kali Buat Kejutan Sambut Birthday Dato Seri Vida](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/IMG_2022.jpeg)
![[VIDEO] Kereta Amira Othman Raih Perhatian Netizen-“No Plat Tu Lagi Mahal”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-25.jpg)
![[VIDEO] Aliff Syukri Ingin Bersanding Lagi Selepas Pulang Dari ‘Wedding’ Fattah & Amira](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-26.jpg)








![[VIDEO] Telatah Afwa Menyanyi Lagu Baru Siti Nurhaliza Buatkan Ramai Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-24.jpg)
![[VIDEO] Che Ta Akui Harus Belajar Untuk ‘Melepaskan’, Cetus Rasa Sebak Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Alhamdulillah-syukur-…selesai-sudah-majlis-pertunangan-Ammar-Auni-💍Dari-dua-hati-yang-berjanj-e1761541005337.jpg)












![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)


![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)



![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)

