Beacon Resort merupakan sebuah resort yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kuala Lumpur, menjadikannya antara destinasi percutian yang mudah diakses bagi mereka yang ingin menenangkan diri dan buat aktiviti bersama keluarga.
Dikelilingi kehijauan alam semula jadi, resort ini mengetengahkan konsep percutian yang berfokus kepada keluarga, ketenangan dan masa berkualiti bersama orang tersayang. Ia bukan sekadar tempat penginapan, tetapi ruang untuk mengeratkan hubungan dan mencipta kenangan bersama.
Suasana Tenang Untuk Keluarga
Konsep utama Beacon Resort adalah untuk menggalakkan pengunjung meluangkan masa bersama keluarga tanpa gangguan kehidupan digital yang terlalu sibuk.
Selain penginapan, Beacon Resort turut menawarkan pelbagai aktiviti berasaskan alam semula jadi seperti:
- Jungle trekking bersama ranger
- Aktiviti keluarga dan permainan santai
- Ladang haiwan
- Aktiviti luar di kawasan hijau
- Pengalaman gaya hidup sihat
Semua aktiviti ini memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati suasana alam sambil mengisi masa dengan aktiviti yang lebih sihat dan interaktif.
Pilihan Bilik Di Beacon Resort
1. White Jasmine A
Gambar: Official Website @Beacon ResortBilik terbesar di resort ini, sesuai untuk 6 hingga 8 orang. Ia dilengkapi 1 katil king, 4 katil single serta tambahan tilam, bersama 2 bilik air dan tab mandi. Konsepnya moden dengan sentuhan putih ala Greece yang menenangkan.
2. White Jasmine B
Gambar: Official Website @Beacon ResortSesuai untuk 5 hingga 6 orang, bilik ini menawarkan konsep sama iaitu gaya Santorini dengan suasana putih yang tenang. Ia dilengkapi kemudahan lengkap termasuk ruang selesa untuk keluarga kecil.
3. White Jasmine C
Gambar: Official Website @Beacon ResortDireka untuk 4 hingga 5 orang, bilik ini mempunyai 2 katil queen dan 1 katil single. Ia sesuai untuk kumpulan kecil yang mahukan keselesaan dan ruang sederhana luas.
4. White Jasmine D
Gambar: Official Website @Beacon ResortBilik ini lebih intim dan sesuai untuk 2 hingga 3 orang. Dengan 1 katil king dan 1 katil single tambahan, ia sangat sesuai untuk pasangan atau percutian santai kecil.
5. Bamboo Room
Gambar: Official Website @Beacon ResortBamboo Room membawa konsep minimalis dengan inspirasi Jepun (tatami). Sesuai untuk 3 orang dewasa dan 1 kanak-kanak, bilik ini memberi suasana tenang, ringkas dan “slow living”.
6. Lavender Room
Gambar: Official Website @Beacon ResortAntara bilik paling besar di resort, Lavender Room sesuai untuk 6 hingga 8 orang. Ia dilengkapi 2 katil queen, 2 katil single serta tambahan tilam, bersama 2 bilik air dan 2 pancuran mandi.
7. Safari Tent A
Gambar: Official Website @Beacon ResortUntuk pengalaman lebih dekat dengan alam, Safari Tent A menawarkan konsep glamping yang unik. Ia sesuai untuk 4 orang dewasa dan 1 kanak-kanak, lengkap dengan tilam angin dan suasana berkhemah yang selesa.
8. Peppermint Twin
Gambar: Official Website @Beacon ResortPeppermint Twin menawarkan pengalaman menginap dalam suasana kampung Melayu moden dengan elemen kayu tradisional dan rattan yang memberi sentuhan Malaysia yang unik.
Bilik ini mempunyai 2 katil single, sesuai untuk 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak, serta balkoni yang menghadap kehijauan hutan.
Namun, kerana reka bentuknya yang berkonsepkan kampung, pengunjung mungkin akan sedikit merasai suasana sekeliling. Ia lebih sesuai untuk mereka yang ingin pengalaman natural dan autentik.
9. Peppermint Queen
Gambar: Official Website @Beacon ResortPeppermint Queen pula sesuai untuk pasangan atau keluarga kecil dengan 1 katil queen, menampung sehingga 2 orang dewasa dan 1 kanak-kanak.
Dengan suasana chalet yang menghadap kehijauan alam, bilik ini memberikan pengalaman bangun pagi dengan udara segar dan pemandangan hijau yang menenangkan.
Sama seperti Peppermint Twin, ia mengekalkan konsep kampung yang lebih natural.
Pakej Makanan & Pengalaman Lengkap
Salah satu keunikan Beacon Resort ialah pakej makanan yang disediakan bersama penginapan. Pengunjung akan menikmati buffet lengkap termasuk sarapan, makan tengah hari, makan malam serta minum petang bergantung kepada pakej yang dipilih.
Ini menjadikan pengalaman percutian lebih mudah kerana semua keperluan makanan sudah disediakan di dalam resort.
Fokus Kepada Kesihatan & Gaya Hidup Seimbang
Selain percutian, Beacon Resort juga menekankan kepentingan gaya hidup sihat melalui makanan, aktiviti fizikal dan persekitaran yang lebih tenang.
Ia sesuai untuk mereka yang ingin memperlahankan rentak kehidupan, berehat dari tekanan kerja dan kembali fokus kepada keseimbangan hidup.
Dengan lokasi yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, ia menjadi pilihan ideal untuk percutian singkat yang penuh ketenangan dan memori indah bersama orang tersayang.
Alamat: PT 4049, Mukim Sungai Gumut, Kampung Gumut Tambahan, 44100 Kalumpang, Hulu Selangor
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
1
Weary
Weary

17 hours ago
14
















































![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)
![[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/78264b39-e0e1-4128-8d9b-aaf1c4ca82c5.webp)