Dari TV Sampai Vacuum Robot, PRISM+ ‘All Out’ Dengan Teknologi Rumah Pintar 2026

12 hours ago 8

Jenama teknologi dari Singapura, PRISM+ kini tampil dengan barisan televisyen pintar baharu menerusi siri PRISM+ AI TV 2026 Series yang dilihat lebih ‘power’ dengan pilihan panel QLED dan Mini LED untuk peminat hiburan di rumah.

Antara yang menjadi tumpuan ialah siri premium PRISM+ QD Mini LED U55 dan U65 yang hadir dengan paparan lebih terang, warna lebih hidup serta pengalaman tontonan yang lebih immersive. Memang nampak sesuai untuk kaki movie dan gamers yang nak visual lebih mantap, terutama ketika menonton kandungan aksi atau bermain game beresolusi tinggi.

Sesuai Untuk Gaming Dan Hiburan Rumah

Dalam masa sama, siri PRISM+ Ultra pula tampil dengan pilihan saiz skrin lebih besar menerusi model Q43, Q55, Q65, Q75 dan Q85 menggunakan panel QLED+. Selain menawarkan visual lebih tajam dan vivid, televisyen ini juga sesuai digunakan bersama komputer gaming dan konsol permainan moden.

Bagi mereka yang mencari pilihan lebih mampu milik, siri PRISM+ Quantum Edition menerusi model QE55, QE65 dan QE75 menawarkan resolusi 4K bersama sistem operasi Android dan teknologi AI terbina dalam untuk membantu menaik taraf kualiti visual kandungan yang ditonton.

Lebih menarik, siri PRISM+ QD Mini LED dan Ultra hadir dengan sokongan 120Hz, HDMI 2.1 serta Variable Refresh Rate (VRR), memang ngam untuk digunakan bersama PlayStation 5 dan Xbox Series X. Jadi, pengalaman gaming dijangka lebih lancar tanpa gangguan screen tearing.

Bukan itu sahaja, PRISM+ turut mencuri perhatian dengan beberapa produk baharu yang dibangunkan khusus untuk pasaran Malaysia. Antaranya termasuk Spin Mini Wash & Dry yang dikatakan sebagai mesin basuh dan pengering mini pertama seumpamanya di Malaysia.

Bawa Masuk Produk Rumah Pintar Baharu

Turut diperkenalkan ialah HydroThrust Water Pump dan Arialum Pet Air Purifier yang direka khas mengikut keperluan pengguna tempatan. Dalam masa sama, PRISM+ juga mula memasuki ekosistem pembersihan pintar menerusi EvoSonic Ultra Detect Cordless Vacuum serta NanoBot Smart Robot Vacuum untuk kegunaan isi rumah moden.

Pra-Tempahan Kini Dibuka

Pra-tempahan kini sudah dibuka di PRISM+ Malaysia dengan harga bermula serendah RM1,499 hingga RM5,999 bergantung kepada model pilihan.

Menariknya lagi, setiap pembelian pra-tempahan turut didatangkan dengan langganan penstriman seperti Viu selama 12 bulan, Durioo+ selama tiga bulan dan iQIYI Premium VIP selama sebulan secara percuma. Memang sesuai untuk mereka yang sedang merancang upgrade setup hiburan rumah dengan televisyen pintar baharu tahun ini!

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

5

Star

Star

5

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |