Nak Beli Kereta Pertama? CIMB Bagi Cukai Jalan Percuma Selama 2 Tahun!

6 hours ago 7

Memiliki kereta pertama sememangnya menjadi impian ramai anak muda. Namun, selain bayaran bulanan, pemilik kenderaan juga perlu memikirkan kos lain seperti insurans, cukai jalan dan penyelenggaraan.

Menyedari cabaran itu, CIMB Bank Berhad (CIMB) memperkenalkan “First Car Solution”, sebuah program khas yang membantu golongan berusia 18 hingga 30 tahun memiliki kereta pertama dengan lebih mudah dan terancang.

Cukai Jalan Percuma Selama Dua Tahun

Antara tarikan utama program ini ialah pembaharuan cukai jalan percuma selama dua tahun bernilai sehingga RM240. CIMB juga menjadi bank pertama di Malaysia yang menawarkan manfaat tambahan tersebut kepada pembeli kereta pertama.

Selain pembiayaan kenderaan pada kadar kompetitif, pelanggan turut menerima perlindungan insurans dan Takaful bagi membantu mengurangkan risiko kewangan sekiranya berlaku perkara tidak dijangka.

Nikmati Pulangan Tunai Menarik

Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai keistimewaan kad kredit CIMB termasuk pulangan tunai untuk petrol dan perbelanjaan berkaitan automotif sehingga RM1,200 setahun, selain rebat untuk barangan runcit dan makan minum.

Menurut CIMB, program ini bukan sekadar membantu golongan muda memiliki kereta, malah menggalakkan perancangan kewangan yang lebih baik untuk jangka masa panjang.

Bantu Anak Muda Rancang Kewangan

MURAI melihat inisiatif ini sebagai satu langkah yang praktikal, terutama bagi mereka yang sedang merancang membeli kereta pertama. Bukan sahaja membantu dari segi pembiayaan, malah turut menawarkan perlindungan dan manfaat tambahan yang dapat mengurangkan beban kewangan pemilik kenderaan.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

5

Star

Star

5

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |