[REVIEW] Bawah RM500 Tapi Ada Galaxy AI? Inilah Samsung Galaxy Buds3 FE!

3 hours ago 4

Macam biasa, bila SAMSUNG keluarkan flagship baru, tak lama lepas tu mesti datang versi “Fan Edition” (FE). Kali ini giliran Galaxy Buds3 FE, harga cuma RM499, tapi persoalannya, berbaloi ke tak? Jom kita borak.

Reka Bentuk & Keselesaan

Kalau dulu Galaxy Buds nampak macam “kacang,” kali ini dia datang dengan design baru ada batang (stem), sama macam versi Pro. Nampak kemas, tak mudah calar sebab kemasan matte, dan senang nak tarik keluar dari casing tanpa terlepas jatuh. Casing dia transparan, so tak perlu buka baru nak check ada dua-dua ke tak. Bijak!

Dari segi keselesaan, memang selesa pakai lama, tak senang tercabut walau naik LRT atau jogging. Ada tiga saiz getah telinga (S/M/L) dan tahan peluh serta habuk (IP54). So kalau hujan sikit pun steady je.

Kualiti Bunyi

Audio dia memang padu, bass tebal dan kuat, sesuai untuk yang suka lagu “boom boom.” Tapi kalau tak minat bass berat, boleh adjust ikut citarasa dalam app Galaxy Wearable. Ada mode Dynamic untuk bunyi lebih seimbang.

Dilengkapi driver 11mm, bunyi dia detail dan luas. Walau tak ada codec mewah macam versi Pro, honestly kebanyakan orang takkan perasan beza. Siap ada 360 Audio untuk rasa lebih “immersive”. Panggilan pun jelas sebab guna Crystal Clear Call Tech dengan AI yang tapis bunyi bising.

Noise Cancelling & Ambient Mode

Untuk harga bawah RM500, Active Noise Cancelling (ANC) dia memang mantap. Boleh hilangkan bunyi kenderaan, orang ramai, cukup untuk kita “escape” sekejap. Bila nak dengar sekeliling pula, aktifkan Ambient Sound Mode, tak perlu cabut earbud pun.

Menariknya, kalau pakai sebelah je, dia automatik tukar ke Ambient Mode,  tak payah tekan-tekan tukar mode lagi.

Galaxy AI Dalam Telinga!

Yang buat Buds3 FE ni lain, Galaxy AI dah masuk terus! Boleh guna Google Gemini hands-free, dan kalau sambung dengan telefon Galaxy, boleh jadi alat terjemahan masa nyata (Interpreter & Live Translate). Tekan lama je masa orang bercakap, terus dia bantu translate. Canggih betul!

Bateri & Sambungan

Dengan ANC on, boleh tahan 6 jam, kalau tutup ANC boleh pergi sampai 8.5 jam, dan total 30 jam dengan casing. Cuma sayangnya, tiada wireless charging dan tak bagi kabel dalam kotak, so kena guna kabel sendiri.

Untuk pengguna SAMSUNG, pairing senang gila, Auto Switch terus tukar sambungan antara phone, tablet, dan laptop. Buka casing je, terus detect.

Kalau kalian nak earbud bajet tapi bunyi sedap, ANC kuat, dan fit selesa, Galaxy Buds3 FE memang berbaloi gila dengan harga RM499. Walau tak ada wireless charging, fungsi asas semua dia tapau habis.

Untuk pengguna Samsung terutamanya, ini boleh jadi “earbud harian terbaik bawah RM500”. Pendek kata,  murah tapi rasa mahal!

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |