[VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- “Datang Support Pun Dah Cukup Happy”

11 hours ago 7

Usahawan dan pempengaruh, Nur Sajat Kamarazuzaman mencuri perhatian ramai apabila tidak dapat menahan rasa sebak apabila ramai orang datang menemuinya di Melbourne, Australia.

Menerusi video yang dimuat naiknya di media sosial, Sajat berkongsi beberapa gambar individu yang datang menemuinya di kaunter Dior di pusat membeli-belah mewah David Jones.

“Kepada semua pengikut saya yang datang dari Brunei, Singapura, Malaysia dan Indonesia hanya untuk bertemu Sajat di Dior di David Jones di Melbourne. Terima kasih banyak-banyak dari lubuk hati saya”

Foto – @nursajatkamaruzzaman (IG)

Sajat meluahkan rasa terharunya apabila ramai yang datang memberi sokongan kepadanya.

“Apabila saya dapat bertemu anda semua secara bersemuka, dapat bertemu, menyapa… Walaupun tidak membeli apa-apa, hanya datang menyokong dan bertanya khabar, itu sudah cukup untuk membuatkan Sajat gembira.”

@nursajat23

To all my followers yang datang daripada Brunei, Singapore, Malaysia, dan juga Indonesia semata-mata nak datang jumpa Sajat dekat Dior at David Jones di Melbourne… thank you so much from the bottom of my heart. 🥹✨ Honestly, ada banyak lagi video-video yang Sajat belum upload lagi. Tapi bila dapat jumpa korang depan-depan, dapat bersua muka, tegur-tegur, say hi… even kalau tak beli barang pun, just datang untuk support dan tanya khabar, itu pun dah cukup buat Sajat rasa sangat happy. Bila cakap pasal benda ni, honestly rasa macam sebak, sedih, happy dan bersyukur semua bercampur sekali. Sebab moments macam ni membuatkan Sajat rasa hubungan silaturahim yang kita bina selama ni masih kuat dan masih ada kasih sayang antara kita semua. Even you all beli satu lipstick saja pun, Sajat dah rasa sangat appreciated sebab dapat jumpa korang. 🥹 To be honest, all the support and kata-kata semangat daripada korang membuatkan Sajat rasa lebih yakin untuk terus maju ke depan. Ramai juga yang suruh Sajat bangkit balik, buat business balik, restart balik semua yang pernah Sajat bina dulu. Dan honestly, kata-kata tu sangat menyentuh hati saya. Walaupun sekarang Sajat kerja retail dengan luxury brand dan hidup dalam chapter yang baru, Sajat bahagia dan bersyukur dengan kehidupan sekarang. Tapi insyaAllah… maybe one day Sajat akan comeback dengan new business, new era, new energy dan versi diri yang lebih kuat. ✨ So sekarang Sajat nak tanya korang… korang rindu tak Sajat buat business balik? And kalau yes, business apa yang korang rasa Sajat patut buat? Cuba komen dekat bawah. 💖

♬ suara asli – Titomunandar – Titomunandar

Walau bagaimanapun, ramai juga yang memberi galakan kepadanya untuk bangkit semula dan memulakan perniagaan sendiri.

“Sejujurnya, semua sokongan dan kata-kata semangat daripada anda semua membuatkan Sajat berasa lebih yakin untuk terus maju. Ramai juga yang meminta Sajat bangkit semula, mulakan perniagaan semula, memulakan apa yang telah dibina oleh Sajat sebelum ini.

Sajat gembira dan bersyukur dengan kehidupan sekarang, tetapi Insya-Allah mungkin suatu hari nanti Sajat akan kembali dengan perniagaan baharu, tenaga baharu dan versi diri yang lebih kuat.”

Agak-agak kamu, perniagaan apa yang patut Sajat mulakan semula?

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

1

Star

Star

5

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |