Pada Mei tahun lepas, aktres China terkenal iaitu Fan Bingbing telah dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024. Dan baru-baru ini, Fan secara rasminya dianugerahkan gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negara Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-76 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
Penganugerahan ini diberikan kepada Fan sebagai tanda penghargaan dan mengiktiraf sumbangannya dalam pertumbuhan ekonomi-pelancongan serta mempromosikan Melaka di mata dunia.
Foto – The Malay Mail / The SunMemetik kenyataan Fan daripada Harian Metro, Fan bakal kembali ke Melaka dalam masa terdekat untuk satu projek baharu dan kehadiran beliau dijangka akan memeriahkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025.
Walaupun ramai yang tumpang gembira dengan penganugerahan Fan, tetapi ada segelintirnya pula tertanya-tanya apakah sebab yang membuatkan aktres China popular ini diberikan gelaran Datuk. Berikut MURAI kongsikan 4 sebab kenapa Fan mendapat pengiktirafan tersebut:
- Nama Fan Bingbing sangat popular dalam industri hiburan China dan juga antarabangsa. Selain berlakon, Fan juga digelar sebagai ikon fesyen memandangkan beliau sering muncul dalam kempen fesyen antarabangsa dan dijemput menghiasi red carpet majlis berprestij.
- Perlantikan Fan sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka telah membuatkan ramai pelancong China memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan mereka.
- Hasil mempromosi di platform WeChat telah membuatkan Melaka itu telah menarik perhatian lebih 1.5 bilion tontonan, dianggap satu pencapaian terbesar dalam sejarah pemasaran digital pelancongan Malaysia.
- Berkat keberkesanan promosi Fan Bingbing, Jumlah pelancongan China ke Melaka telah meningkat mendadak dari tahun 2023 dan 2024.
Untuk rekod, usaha melantik Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka telah menyumbang kepada 1.5 bilion digital impression di WeChat dan bilangan pelancong China ke Melaka pula telah meningkat daripada 204,818 (tahun 2023) kepada 664,687 (tahun 2024).

2 months ago
48










![[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/a702cb91-8341-4678-b606-4e2f9d9d1175.jpg)

![[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Back-To-School-📚-e1761278940333.jpg)
![[VIDEO] Telatah Afwa & Afiyah Menyanyi Raih Perhatian Ramai!-“Dia Nyanyi Takpe, Ibu Tak Boleh HAHA”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-21.jpg)
![[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22.jpg)
![[VIDEO] Peminat Puji Fazura Siapkan Fatima Sebelum berjumpa Dengan Daddy-“Happy Betul Nyama!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-23.jpg)















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] “Darah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, ”- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)
![[VIDEO] “Maaflah, Kami Tengok Muka Dulu Baru IC!” – Kena Tahan Bersama Warga Asing, Ramai Kongsi Pengalaman Sama](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/pati-1024x682.png)


![[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/0fdee31e-2690-4ca6-a7ba-486258e1c092-1.jpg)
![[VIDEO] “Pelaris Dah Hilang, Kita Panggil Pelaris Lain” – Gelagat Qadejah Sanggup Risau Viewers Turun Cuit Hati Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/ces-feature-e1751337869412-1024x544.png)




![[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Di Majlis Hari Lahirnya Buat Netizen Terhibur!-“Gitu Je Reaction Dia..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/fb2e5c50-6bdd-4a64-9a25-a4f33d987fb0-1.jpg)
![[VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/24bbe718-b0a7-41cd-b784-1e299f3f8e0b-1.jpg)
![[VIDEO] Siti Nurhaliza & Afwa Nyanyi Lagu ‘Twinkle Twinkle Little Star” Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/06/Untitled-design-41-1024x576.png)
![[VIDEO] Lisa Blackpink Buat ‘Kerabu Betik’ Peminat Teruja Melihatnya-“Mahal Somtam Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Untitled-design-9-1024x576.png)

![[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-“Macam Anak Oppa..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/024c8ba5-a7a6-4def-a8a5-c12f17b7b34a-1.jpg)